KUALA LUMPUR - Negara yang mempunyai Akta Hasutan merupakan
sebuah kerajaan lemah berikutan akta tersebut disifatkan sebagai sebuah
akta yang menindas rakyat negara itu sendiri, kata Aktivis pelajar, Adam
Adli.
Beliau berkata rakyat di negara ini tidak perlu takut untuk lantang bersuara dan mengkritik kerajaan di negara ini.
"Kita mahu rakyat dinegara ini tidak takut berbicara, tidak takut kritik kepada kerajaan dan berhadapan dengan apa-apa.
"Saya ucapkan supaya semua bersama dalam hal ini dan teguhkan pendirian kita, kita hadapi percubaan ini bersama-sama.
"Kita harus ingat diri kita (bahawa) kerajaan yang lemah sahaja yang memerlukan Akta sebegini rupa (ISA) untuk tindas rakyatnya sendiri," katanya ketika berucap pada Pelancaran Gerakan Hapus Akta Hasutan (GHAH) di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor disini, semalam.
Menurut Adli, beliau tidak akan berganjak untuk terus berdiam diri daripada terus menghasut meskipun beliau telah ditahan dibawah akta tersebut pada 13 Mei tahun lalu.
"Saya tidak mahu undur walaupun didakwa dibawah Akta Hasutan.
"Adalah menjadi hak dan kebebasan kita sebagai warga didalam negara yang demokratik, kita mempunyai hak untuk bersuara dan mempunyai pendirian," katanya.
Pada 18 Mei tahun lalu, Adam telah ditahan di bawah seksyen 124 Akta Hasutan.
Dilaporkan, Adam yang digantung pengajian di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) ditangkap berhubung kenyataan beliau yang dibuat semasa forum selepas pilihan raya anjuran Suara Anak Muda Malaysia (SAMM) pada 13 Mei.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan