Anggota keluarga Ali Abd Jalil yang didakwa bawah Akta Hasutan 1948 mahukan jaminan keselamatan aktivis itu dan tidak mahu mengalami nasib sama yang menimpa abang kembarnya sebelum ini.
Asiah dan beberapa lagi anggota keluarga menyerahkan memorandum kepada Pesuruhjaya Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Datuk Dr Mahmood Zuhdi Ab Majid supaya membantu memastikan keselamatan Ali semasa soal-siasat.
Ali kini berada di penjara Sungai Buloh.
Ahmad, yang direman enam hari pada November 2012 mendakwa dinafikan hak mendapatkan peguam, ditutup mata dan ditempatkan di sel tahanan yang menanti hukuman mati.
Berdasarkan pengalaman Ahmad dengan polis Johor itu, Asiah berkata, anggota keluarganya tidak mahu perkara itu berlaku lagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan