HALAMAN SANTAI

Khamis, 18 September 2014

Pemimpin utama Pakatan dijangka tak hadir muktamar

MALAYSIAKINI


 


Pemimpin-pemimpin utama Pakatan Rakyat daripada PKR dan DAP dijangka tidak hadir ke Muktamar PAS di Johor esok.

Sumber-sumber memberitahu Malaysiakini, kedua-dua parti itu akan diwakili oleh pemimpin di peringkat lebih rendah atau pemimpin negeri.

Sumber PKR berkata, naib presidennya Tian Chua dan Shamsul Iskandar Md Akin manakala sumber DAP pula berkata hanya pemimpin negeri mereka akan hadir.

Pada tahun sebelumnya, muktamar PAS dihadiri pemimpin utama PKR dan DAP sendiri seperti Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datuk Seri Wan Azizah Ismail dan Lim Kit Siang.

Ketidakhadiran mereka esok ekoran spekulasi bahawa keretakan antara Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Pakatan semakin membesar.

Ini ekoran pendirian Hadi yang secara terbuka menolak pencalonan Azizah.

Tindakan itu juga secara tidak langsung mengundang perasaan tidak puas hati daripada dalam parti itu sehingga ada yang mahukan Hadi tidak lagi menerajui PAS.

NGO baru Persatuan Ummah Sejahtera (PasMa) yang ditubuhkan ahli PAS antara dikaitkan dengan usaha itu, tetapi dinafikannya.

Ucapan Hadi takkan dipulau

Sementara itu, terdapat juga spekulasi bahawa kumpulan Erdogan, yang pro-Pakatan dalam PAS, akan memulaukan ucapan dasar presiden esok.

Seorang pemimpin PAS yang dikaitkan dengan kumpulan itu berkata, mereka tidak akan melakukan tindakan itu, seperti pengalaman buruk ketika ucapan Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu sebelum ini.

“Kami tidak akan lakukannya. Lagi pun, ucapan dasar (presiden) akan dilihat oleh anggota jawatankuasa pusat malam ini sebelum dibentangkan Hadi (esok),” katanya.

Tiada ulasan: