HALAMAN SANTAI

Rabu, 17 September 2014

Kes tanah: Polis tahan Orang Asli di Pulau Carey

MALAYSIAKINI


 


Pertentangan di antara sekumpulan masyarakat Orang Asli dan beberapa individu yang didakwa menceroboh tanah adat mereka di Pulau Carey, Selangor menyebabkan seorang lelaki ditahan polis.

Menurut saksi, lelaki dari masyarakat Orang Asli itu, Roslan Ligam, 53, ditahan pada kira-kira jam 3 petang semalam dan dibawa ke balai polis Banting.

Anaknya, Samsudin memberitahu Malaysiakini bahawa lelaki tersebut ditahan kerana menceroboh tanah yang bukan kepunyaan mereka.

Polis mahu mendapatkan kenyataannya berhubung satu laporan polis bapanya, kata Samsudin, 30.

Sekumpulan penduduk kampung berhimpin di balai polis tersebut untuk memberi sokongan pada Roslan pagi ini.

Samsudin berkata, pertikauan mengenai tanah di Kampung Bakar yang dihuni kira-kira 50 orang suku Mah Meri itu sudah berlarutan sejak lebih setahun lalu.

Katanya, bapanya membuat tiga laporan polis ke atas “peceroboh tersebut sejak 16 September tahun lalu.

Polis bagaimanapun tidak mengambil apa-apa tindakan ke atas tiga laporan yang dibuat.

"Orang Asli membuat banyak laporan polis ke atass orang menceroboh tanah kita, tapi tiada tindakan dibuat oleh polis,” dakwanya.

Menurut seorang penduduk kampung, Kisah anak Aken, dua individu muncul di kampung tersebut semalam dan mengukur satu kawasan tanah.

Katanya, individu berkenaan memberitahu penduduk kampung bahawa ia bagi membina satu kuil Hindu.

Kisah berkata beliau melihat satu jentera memasuki kawasan kampung itu pada tengahari dan mula menggali tanah yang terletak kira-kira 200 meter dari dewan komuniti kampung itu.

Operasi menggali itu dijalankan hanya kira-kira 10 meter dari tapak kubur mendiang ibunya.

Kisah berkata beliau dimarahi dan turut digertak dengan “besi panjang” oleh dua orang lelaki yang menaiki jentera jengkaut tersebut.

Katnaya, sorang individu bernama “Supiah” mengancam dengan kata-kata: "Kalau kamu tak pindah kubur kamu itu, saya akan ambil semua kawasan kamu!"

Roslan kemudiannya membuat laporan polis dan seterusnya ditahan apabila polis tiba.

Penduduk itu mendakwa, tanah berkenaan dihuni oleh suku Mah Meri sejak ratusan tahun, walau tidak disenarai bawah Rizab Orang Asli.

Malaysiakini sedang menghubungi polis daerah Banting untuk mendapatkan penjelasan lanjut.

Tiada ulasan: