MALAYSIAKINI
Menteri Kabinet, Datuk Abdul Rahman Dahlan menyalahkan ketua umum PKR,
Datuk Seri Anwar Ibrahim yang disifatkannya sebagai pencetus kepada
masalah yang timbul dalam parti PAS.
Menteri kesejahteraan bandar, perumahan dan kerajaan tempatan itu
berkata, Anwar juga mencetuskan “huru-hara” yang sama ketika bekas
timbalan perdana menteri itu masih berada dalam Umno.
"Mula-mula Umno, sekarang PAS. Huru-hara dalaman ke atas parti-parti
politik akibat tipu helah politik Anwar sangat menakjubkan,” katanya.
"Semua orang tahu pemimpin PAS kini bercakaran setiap hari kerana tipu
helah politik Anwar," kata ahli majlis tertinggi Umno itu lagi dalam
tulisan berbahasa Inggeris di Twitter.
Kenyataannya itu timbul ketika muktamar sayap parti PAS sedang
berlangsung di Johor, yang antara lainnya menumpukan soal kerjasama
dalam Pakatan Rakyat susulan 'Langkah Kajang'.
Kritikan ke atas Anwar dalam muktamar itu antara lainnya dikesan dari
wakil Pemuda PAS Kelantan, yang mendakwa ketua umum PKR itu sentiasa
melaksanakan perancangannya secara semberono.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan