HALAMAN SANTAI

Rabu, 17 September 2014

Dewan Ulama sedia kaji semula tahaluf siyasi


Muktamar
 
 
 
KULAIJAYA - Tahaluf siyasi perlu dipertahankan demi kebaikan serta jemaah dan bukannya untuk kebaikan mana-mana individu, demikian kata Mursyidul Am Pas, Datuk Dr Haron Din.

Haron bagaimanapun menegaskan sekiranya kerajasama politik antara parti pembangkang itu pincang, Dewan Ulama Pas bertanggungjawab memperbetulkannya.

"Tahaluf siyasi itu berlaku kerana ia dibenarkan Ulama, pertahankan tahaluf siyasi demi kebaikan Islam dan jemaah, bukan kebaikan individu.

"Kalau tahaluf tercalar, rukun dilanggar, roboh, Ulama kena periksa balik, kalau perlu diteruskan...teruskanlah, kalau rukun telah diroboh, Ulama bertanggungjawab baiki semula, kalau tak boleh juga," katanya ketika ucapan pada perasmian Muktamar Dewan Ulama Pas kali ke-53 di IOI Palm Villa Country Resort, di sini, hari ini.

Tiada ulasan: