SELANGOR KINI
KULAIJAYA: Dewan Ulamak PAS mempertegaskan pertukaran Menteri
Besar Selangor tidak perlu dengan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim patut
kekal dengan jawatannya.
Pemangku Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Datuk Ahmad Yakob berkata ia kerana Islam menekankan beban pembuktian setiap kesalahan ke atas penuduh dan selagai mana tidak dibuktikan, maka tertuduh patut dikekalkan sebagai tidak bersalah.
Dewan Ulamak PAS, jelasnya tidak mempersetujui peletakan jawatan Adun Kajang sewenang-wenangnya kerana Islam tidak membenarkan pengkhianatan amanah dan pembaziran harta negara untuk suatu piliha raya kecil yang asalnya tidak perlu diadakan.
“Segala keputusan politik sama ada dalam gerakan Pakatan Rakyat atau lainnya, hendaklah sentiasa diasaskan sumber-sumber hukum Islam,” kata Ahmad Yakob dipetik Harakah Daily.
Dewan Ulamak PAS, kata beliau membincangkan daripada perspektif syarak kewajaran wanita memegang amanah pemerintahan dalam aspek wilayah al-ammah dan soal kemampuannya memerintah.
“Sebarang persetujuan melantik pemimpin adalah satu syahadah (penyaksian akan kelayakannya) dan bakal menjadi soal jawab di akhirat kelak,” katanya ketika menyampaikan ucapan pada Muktamar Dewan Ulamak PAS Pusat ke-53 yang bertemakan ‘Pertegas Prinsip Perjuangan’ di IOI Palm Villa Golf & Country Resort di sini, hari ini.
Dalam persoalan ini, katanya Dewan Ulamak PAS memuji dan berdiri teguh di belakang Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang kerana istiqamah mengambil pertimbangan dasar Islam dalam membuat keputusan sungguhpun berdepan dengan desakan dan tekanan daripada rakan-rakan sekutu Pakatan Rakyat dan beberapa pemimpin PAS.EZY

Tiada ulasan:
Catat Ulasan