HALAMAN SANTAI

Khamis, 18 September 2014

Menteri persoal kembali kenyataan aparteid Zaid

MALAYSIAKINI



 


Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Zahid Hamidi mempersoalkan kembali kenyataan bekas menteri undang-undang Datuk Zaid Ibrahim berhubung larangan rakyat Malaysia bercakap mengenai "empat teras utama" perlembagaan.

Zahid Hamidi yang juga naib presiden Umno dengan sinis turut bertanya kepada Zaid Ibrahim adakah sistem aparteid di Afrika sama dengan keadaan di Malaysia.

"Tanya diri dia (Zaid Ibrahim) yang pernah jadi menteri, ahli parlimen. Tanya diri dia sama ada keadaan kita sama dengan aparteid di Afrika atau tidak.

“Tanya diri dia sendiri. Dia ahli politik," katanya.

Ketika ditanya adakah adil melarang rakyat Malaysia bercakap mengenai empat teras itu, Zahid berkata:

"Dia peguam. Dia tahu adil atau tak adil. Tanya dia balik.”

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mengadakan lawatan ke Balai Polis Pengkalan Kubor.

Isnin lalu, Zaid Ibrahim (atas) berkata, tidak adil melarang rakyat Malaysia bercakap berhubung “empat teras utama” perlembagaan jika tiada sebarang perincian terhadap undang-undang dan larangan berkaitan dibuat.

Zaid Ibrahim turut berkata, sistem aparteid di Afrika Selatan sebelum ini lebih baik daripada situasi di Malaysia kerana ia lebih jelas.

Tiada ulasan: