HALAMAN SANTAI

Sabtu, 29 November 2014

Kerugian 1MDB Membahayakan Dana Pencen Kerajaan - Rafizi

RAKYATNEWS


Rafizi Ramli


 
KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli mendakwa kerugian yang ditanggung syarikat pelaburan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) akan meletakkan dana pencen pekerja awam dalam bahaya.

Jelas Rafizi, ianya ekoran 1MDB menggunakan dana daripada Kumpulan Wang Amanah Pencen (KWAP) bernnilai RM4 bilion menerusi salah satu syarikat subsidiarinya.

“Jika kakitangan awam tidak mahu mengendahkan kontroversi 1MDB, mereka patut tahu pencen mereka dibayar oleh KWAP. Pada 2011, KWAP meluluskan pinjaman RM4 bilion kepada syarikat subsidiaru milik 1MDB. Wang itu kononnya untuk menjana sumber strategik syarikat.

“Tujuan syarikat itu ialah untuk membeli lombong arang batu dan uranium di Mongolia. Ini bagi membolehkan Malaysia mengawal pasaran arang batu dan uranium,” kata Rafizi yang dipetik Malaysian Insider.

Beliau mempersoalkan bagaimana kerajaan persekutuan akan membayar semula RM4 bilion itu kepada KWAP, dan menganggap Putrajaya menggunakan potongan subsidi minyak untuk menyelesaikan hutang itu.

“Inilah mengapa Putrajaya mengurangkan perbelanjaannya untuk rakyat, kerana ia ada banyak hutang untuk dibayar,” kata ahli Parlimen Pandan dan setiausaha agung PKR itu kepada kira-kira 200 penonton di ibu pejabat Majlis Perbandaran Ampang Jaya di Pandan Indah, semalam.

Pembangkang baru-baru ini mendedahkan surat sokongan Putrajaya kepada 1MDB, yang kini mempunyai hutang RM42 bilion.

Rafizi berkata Malaysia mungkin berdepan situasi sama seerti Greece dan Argentina jika hutang besar 1MDB terus meningkat.

Sebagai penjamin, Putrajaya terpaksa membayar hutang 1MDB kerana ia tertulis jelas dalam perjanjian pinjaman.

“Jika Malaysia lalai membayar balik, pemiutang ada kuasa untuk menyaman Malaysia di mahkamah Inggeris di England,” katanya, merujuk kepada syarat surat sokongan yang dikeluarkan Putrajaya.

Tiada ulasan: