HALAMAN SANTAI

Sabtu, 29 November 2014

Runding dulu undang-undang antikeganasan


Grafik Sinar Online Grafik Sinar Online
 
 
KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) menggesa kerajaan supaya berunding dengan pihak berkepentingan, termasuk polis dan pihak keselamatan, mengenai cadangan undang-undang antikeganasan dan pindaan terhadap undang-undang sedia ada dalam memerangi keganasan.

Pengerusinya Tan Sri Hasmy Agam berkata memandangkan kepentingan yang amat mendesak, dan tempoh masa yang singkat, Suhakam mengulangi pendiriannya bahawa sebarang langkah baharu hendaklah disertakan dengan perlindungan yang sesuai terhadap hak asasi manusia.

"Suruhanjaya menyokong kelulusan Rang Undang-undang Antikeganasan yang dicadangkan, tertakluk kepada cadangan-cadangan yang boleh menangani kebimbangan mengenai kesannya terhadap hak asasi manusia," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Hasmy mengulas kelulusan Dewan Rakyat terhadap Kertas Putih yang dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Rabu, bertujuan membendung ideologi kumpulan militan IS, yang kini terbabit dalam aktiviti keganasan di Iraq dan Syria.

Najib semasa membentangkan usul itu berkata kerajaan bercadang untuk membanteras penglibatan rakyat Malaysia dalam kegiatan militan dan pengganasan.

Rang undang-undang itu akan dibentangkan dalam persidangan Dewan Rakyat akan datang, pada 2015.

Tiada ulasan: