HALAMAN SANTAI

Khamis, 27 November 2014

Isu pampasan RM2.6 juta MBI dibentang minggu depan

HARAKAHDAILY


KUALA LUMPUR: Laporan penuh audit melibatkan ganjaran kepada bekas kakitangan Pemerbadanan Menteri Besar (MBI) akan dibentangkan dalam Dewan Negeri Selangor (DNS) pada minggu hadapan.

Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali berkata, Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) akan terlebih dahulu bersidang pada pagi esok sebelum persidangan dewan bermula, lapor Selangor Kini.

Adun Bukit Antarabangsa itu menambah, kebenaran MMKN diperlukan sebelum sesuatu laporan dibentangkan dalam DNS.

Jelas beliau, berdasarkan laporan audit berkenaan banyak perkara boleh dibangkit dan dibahaskan.

Antaranya, kata beliau persoalan mengapa perlu dipecat sedangkan yang berundur hanyalah pengerusi MBI sahaja, yang lain tidak.

“Tetapi mereka pilih dipecat untuk memperoleh ganjaran, jika meletak jawatan mereka pula yang kena bayar tiga bulan gaji,” katanya.

Tiada ulasan: