HALAMAN SANTAI

Sabtu, 29 November 2014

mySYABAS : Aplikasi Maklumat Gangguan Air di Hujung Jari

RAKYATNEWS


alt
 


SHAH ALAM - Pengguna di Selangor, Wilayah Persekutuan, dan Putrajaya kini boleh mendapatkan pelbagai maklumat mengenai bekalan air dengan menggunakan aplikasi telefon pintar 'mySYABAS,' yang dilancarkan oleh Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) hari ini.

Pengerusi Eksekutif Syabas, Tan Sri Rozali Ismail berkata, maklumat yang boleh diakses menggunakan aplikasi itu termasuk kawasan yang terlibat dengan gangguan bekalan air dan bagi menghantar aduan tentang bekalan air.

Rozali yang melancarkan aplikasi itu di sini berkata dengan adanya aplikasi berkenaan, pengguna kini mempunyai satu lagi akses untuk berhubung dengan Syabas selain menggunakan talian Pusat Perkhidmatan Pelanggan (Puspel).

Aplikasi itu boleh dimuat turun secara percuma melalui Google Playstore untuk peranti Android atau Appstore untuk pengguna iPad dan iPhone.

Mengulas mengenai pembinaan Loji Rawatan Air (LRA) Langat 2, Rozali berkata loji itu penting bagi mengatasi masalah kekurangan bekalan air.

Projek itu merupakan antara komponen utama Skim Penyaluran Air Mentah dari Pahang ke Selangor bagi merawat 2,260 juta liter sehari (JLH) air mentah dari Sungai Semantan, Pahang ke Sungai Langat bagi memenuhi keperluan permintaan tambahan bekalan di Selangor, Kuala Lumpur, dan Putrajaya sehingga 2025.

Turut dilancarkan ialah Portal Perkhidmatan Pengguna Syabas.

Tiada ulasan: