Perhimpunan Agung Umno 2014
(PAU), Mahathir & Najib : Bagi Berita Semasa mana-mana pertubuhan
dan parti politik di Malaysia harus bersedia mengakui wujud kelemahan
dan berusaha ke arah penambaikan adalah pertubuhan yang punyai hala tuju
yang jelas. Rakyat Malaysia adalah ahli lembaga bagi sebuah styarikat
besar yang bernama Malaysia. Perdana Menteri hanyalah seorang CEO yang
diamanahkan untuk mengetuai pengurusan dalam negara. Bila-bila….
Bila-bila masa sahaja boleh ditukar gantikan jikalau tidak mencapai tahap apa yang diinginkan majoriti ahli lembaga.
Ahli lembaga pengarah hari ini di
Malaysia lebih cerdik, lebih meluas pandangan dan bahan bacaan serta
pengetahuan mereka bagi menganalisa apa tindakan yang terbaik untuk
negara. Jadi CEO dan ahli bawah anda jangan bersikap sambil
lewa, bila-bila masa sahaja boleh tukar.
“Budaya untuk kenang budi sudah tidak relevan dalam arena politik Malaysia”
Perhimpunan Agung Umno 2014 (PAU) : Mengapa Yang Kurang Cerdik lebih Berminat Masuk UMNO?
- Mentadbir negara tidak sukar jika kita ikut acuan undang-undang dan tanggungjawab yang diberikan
- Tetapi mentadbir negara akan menjadi lebih sukar apabila pemimpin itu sudah mula hilang integriti dan semangat untuk membantu mula hilang dek kerana alpa dengan pangkat, kuasa dan wang
Sejarah tetap sejarah. Tetapi sejarah
bukan lesen untuk berbuat sesuka hati dan begitu mudah untuk orang ramai
disuruh melupakannya dan memaafkannya, kononnya atas nama sejarah.
KLIK SINI : Punca Sebenar Kenaikan Harga RON95 Naik? Kewangan Malaysia Tenat!
Mahathir & Pakar Ekonomi Mahu BR1M Dihapuskan! Rakyat Malaysia?
Dalam
tempoh 24 jam terakhir ini, ada beberapa perkara menarik terjadi dalam
arena politik di Malaysia. Pertama, Berita Semasa mendapat tahu yang
mana kalangan rakyat Malaysia mula memberikan perhatian terutamnya
kepada sesiapa yang tonton ucapan, kata-kata pedas dan tajam yang
dilontarkan oleh Muhyiddin Yaasin. Nampak ketelusan dan kejujuran beliau
dalam memimpin. Antara kenyataan yang masih Berita Semasa ingat lagi :
- Muhyiddin sempat lagi “smash” apabila menyentuh pemimpin yang masuk politik untuk tonjolkan kemewahan dan demi politik wang dan amalkan politik ugut-ugutan
- Dan satu lagi pemimpin yang sudah veteran dan sudah tua-tua sila berundur
Berita Semasa perhatikan ada nafas baru
dalam ucapan Tan Sri Muhyiddin Yaasin kali ini. Dan tidak cukup dengan
itu Mahathir juga tidak melepaskan peluang untuk memberikan peringatan
kepada ahli-ahli umno sempena Perhimpunan Agung UMNO 2014 (PAU) kali
ini. Semua nasihat dan peringatan yang diberikan seperti di bawah ini
adalah berdasarkan pengalaman luasnya dalam “sepak terajang politik di Malaysia“.
- Perutusan ini ditulis kerana saya tidak dapat hadir di Mesyuarat Agong Umno kerana berada di luar negara. Tetapi kerana saya kurang sihat untuk keluar negara, saya mungkin hadir insya-ALLAH! Walaubagaimanapun saya ingin membuat kenyataan ini juga.
- Sebagai orang tua dan orang tua Umno pula, izinkanlah saya memberi sedikit pandangan.
- Semua tahu Umno sekarang tidak popular seperti Umno dahulu. Ada yang berkata Umno tidak lagi relevan.
- Sedikit sebanyak pandangan ini berasas. Jika Umno dikalahkan dan hilang dari muka bumi, kepimpinan dan ahli Umno tidak boleh nafi sumbangan mereka kepada kejatuhan parti yang begitu berjasa kepada Melayu dan negara Malaysia.
- Apakah kesalahan yang telah dilakukan oleh pemimpin dan ahli Umno?
- Pada pandangan saya, yang pertama ialah kerana menganggap Umno sebagai batu loncatan untuk perkaya diri sendiri.
- Umno hanya menerima ahli baru yang tidak mengancam kedudukan pemimpin yang sedia ada di semua peringkat.
- Cawangan tidak terima sesiapa yang berkebolehan mencabar Ketua Cawangan. Ini adalah oleh kerana ada habuan bagi Ketua Cawangan.
- Oleh itu yang dapat masuk Umno hanyalah orang Melayu yang kurang berbakat daripada Ketua Cawangan. Apabila Ketua Cawangan meninggal, penggantinya ialah orang yang lebih lemah daripadanya.
- Pengganti pun demikian. Hanya yang tidak punyai kebolehan yang lebih daripadanya sahaja yang diterima. Apabila dia kembali ke rahmatullah, yang mengganti lebih lagi lemah.
- Dan seterusnya. Kepimpinan di peringkat cawangan dan bahagian semakin lama semakin lemah dan tidak berupaya memimpin. Sebab itulah apabila ditanya siapa yang akan jadi Menteri Besar Selangor jika Barisan Nasional menang, tidak ada jawapan. Walhal Selangor penuh sesak dengan Melayu yang terpelajar, berbakat, sudah kaya dan tidak perlu memperalatkan Umno untuk perkaya diri sendiri. Mereka ini tidak boleh masuk Umno. Yang sedikit yang dapat masuk akan disekat kenaikan sebagai pemimpin.
- Budaya war lord (kepala perang) sudah meresap kedalam Umno. “Umno saya punya.” “Bahagian ini saya punya.”
- Kerana kecewa ada yang berbakat dan berjiwa Umno menyertai parti lain. Maka akan merosotlah Umno dan akan hilanglah parti keramat ini.
- Yang kedua ingin saya tekan akan pentingnya menegur pemimpin. Tunku, Tun Razak, Tun Hussein bukan sahaja ditegur bahkan dicabar. Saya diserang dan hampir kalah dalam pertandingan.
- Tanpa teguran pemimpin akan percaya segala yang dilakukan olehnya betul belaka. Tetapi sebenarnya ada yang dilakukan olehnya salah dan tidak baik.
- Saya dinasihat supaya tidak membuat teguran terbuka. Sebenarnya sudah saya tegur secara tertutup berkali-kali, terutama berkenaan masalah Bumiputera dan Umno. Tetapi tidak berkesan. Teguran secara terbuka terpaksalah dibuat.
- Harapan orang Melayu ialah wakil-wakil ke Perhimpunan Agung UMNO akan buat teguran terhadap beberapa perkara yang hangat dibincang ramai sekarang.
- Pemimpin pula perlu dengar teguran ini dan ambil berat pandangan wakil. Janganlah selalu mendengar orang tertentu yang dikeliling kita sahaja. Yang mengeliling orang yang berkuasa tidak baik bagi mereka.
- Orang Melayu mungkin tidak pandai seperti pakar-pakar rujuk, tetapi saya percaya orang Melayu tidak bodoh. Mereka yang membangunkan negara dari sebuah negara miskin kepada negara yang memberi banyak nikmat kepada semua.
- Selamat Bersidang Umno dalam Perhimpunan Agung UMNO 2014. Mudah-mudahan diberi petunjuk oleh ALLAH SWT.
Pendapatan & Luahan : Tun Dr Mahathir MohamadApa pula nasihat dan teguran anda kepada UMNO kali sempena Paerhimpunan Agung UMNO 2014 (PAU) yang merupakan parti utama yang diberikan lesen untuk mentadbir kerajaan Malaysia dengan harapan ada penambaikan yang benar-benar signifikan kepada negara selepas ini ?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan