HALAMAN SANTAI

Jumaat, 28 November 2014

Cukai Kereta di Israel 78%. Honda Civic 129,000ILS. Gaji Kerani di Israel 5,207ILS Sebulan? Perbandingan Gaji VS Cukai & Harga Kereta di Malaysia?




Cukai Kereta 2015



Cukai Kereta di Israel 78%. Honda Civic 129,000ILS. Gaji Kerani di Israel 5,207ILS Sebulan? Perbandingan Gaji VS Cukai & Harga Kereta di Malaysia? : Berdasarkan semakan laporan Berita Semasa yang dikeluarkan sendiri oleh “The Global Jewish News Source” melalui wartawan mereka, Jessica Steinberg mengatakan jikalau di negara Amerika Syarikat, harga kereta Honda Civic dijual pada harga sekitar US$18,000++. Berita Semasa kongsikan gaji beberapa bidang tugas yang dinikmati rakyat Amerika Syarikat. Antaranya….

Gaji jururawat berdaftar di sana adalah 5,742.50 sebulan (bersamaan US$68,910). Gaji kerani di USA adalah sebanyak US$2499 (bersamaan US$29,990). Jadi….dengan pendapatan dan gaji rakyat Amerika Syarikat sebanyak itu contohnya berapa kali gaji mereka jikalau hendak dibandingkan dengan harga kereta harga kereta Civic di sana?

Itu di Amerika Syarikat. Bagaimana pula di negara haram Israel?

Di negara haram Israel, rakyat di sana disuapkan dengan harga kereta kereta Civic sekitar US$33,000++ (bersamaan 129,000 ILS) terima kasih dengan cukai kereta sejumlah 78%? Cukai kereta sekurang-kurangnya 78%? Macam pernah dengar bukan, jumlah cukai kereta setinggi itu? Walaubagaimanapun di negara haram Israel yang mana kerja kerani contohnya gaji dan pendapatan yang diterima sekitar 5,207ILS sebulan dan 62,486ILS setahun.

 
CONTOHNYA BACA SINI : Harga Kereta Perodua Myvi RM46,000 
(Cukai Kereta 85%). Kerajaan Untung RM21,140! Boleh Turun Harga?
 
Harga Kereta Israel

Nampaknya rakyat negara haram Israel tidak berkeseorangan. Ini kerana rakyat Malaysia juga dihadiahkan cukai eksais dan cukai import kepada kereta yang dijual di atas bumi kereta Malaysia. Bagaimana pula dengan perbandingan gaji dan harga kereta di Malaysia?

Hari ini, rakyat Malaysia telah meletakkan hutang kereta sebagai hutang kedua tertinggi di dunia di atas bebanan cukai yang tinggi di atas pembelian kereta oleh rakyat Malaysia. Yang mana akhirnya kerajaan Malaysia berjaya mengaut dan menjana pendapatan sekitar RM8 bilion setahun. Inilah antara salah satu cabang pendapatan yang cukup lumayan bagi kerajaan Malaysia mendapatkan dana.
 
BUKTINYA : Harga Kereta Malaysia Tinggi Selamatkan Proton? 
Kerajaan Bagi RM21.5 Bilion (Subsidi Bahanapi). Kerajaan Ambil RM8.0 Bilion 
(Cukai Kereta)

 

Gaji, Pendapatan Rakyat Malaysia VS Harga Kereta di Malaysia

 

Harga Kereta malaysia 2015 

Dengan gaji dan pendapatan kerani di Malaysia, bukan sahaja tidak mampu hidup dengan aman apabila mahu memiliki kereta Honda Civic, pinjaman kereta belum tentu boleh lulus. Lupakan sahaja…..
beli kereta di Malaysia kena bayar 36 kali gaji bulanan
kerajaan Malaysia tersenyum gembira berjaya mengaut pendapatan RM8 bilion atas cukai kereta. Cukai eksais, cukai import dan cukai jualan
Terbaru, Khairy Jamaluddin mengakui cukai kereta dan harga kereta di malaysia sangat membebankan rakyat malaysia dan mahu kerajaan Malaysia perkenalkan Skim Kenderaan Pertamaku :
  • dikhususkan kepada golongan muda yang mahu membeli kenderaan untuk pertama kali
  • bertujuan mahu membantu meringankan beban hutang dan harap-harap dijauhi dari sumpahan muflis dikalangan golongan muda terutamanya
  • anak muda yang berpendapatan kurang RM4,000 sebulan boleh beli kenderaan pertama mereka tanpa membayar cukai atau duti eksais
  • tawaran skim kenderaan pertamaku hanya dibuka untuk kereta berharga sederhana dan dipasang di dalam negara
Apa pendapat anda pula dengan realiti cukai kereta di Malaysia? Dan bagaimana pula dengan cadangan Khairy Jamaluddin dengan cadangan Skim Kenderaan Pertamaku? Bersetuju?

Tiada ulasan: