Chacha atau nama sebenarnya Siti Aishah Ismail, 18, berkata, dia langsung tidak menyedari kemesraan antara dia dan teman lelakinya itu dirakam kamera.
"Saya tiada niat pun mahu menunjuk-nunjuk aksi mesra itu. Saya pun tidak perasan yang kami dirakam kamera pada acara itu.
"Kalau tengok betul-betul pun kami tidaklah terlalu rapat sehingga nampak seperti berbaring seperti diperkatakan di sebuah portal hiburan," ujarnya kepada mStar Online pada Selasa.
Chacha berkata demikian ketika diminta mengulas aksi mesranya bersama teman lelaki yang dirakamkan kamera apabila duduk di belakang juri tetap Taufik Batisah ketika siaran langsung program Maharaja Lawak 2014 pada 17 November lalu.
Tambah Chacha, ketika aksi tersebut dirakamkan dia sedang bercakap dengan pemuda tersebut ketika keadaan dalam dewan agak bising.
"Orang ramai nampak saya rapat kerana ketika itu saya ingin bercakap sesuatu kepada dia dan keadaan pula terlalu bising. Biasa la orang luar kalau nampak kita rapat sikit mula bercakap yang bukan-bukan," ujarnya.
Sementara itu, Chacha berkata, dia baharu tiga bulan mengenai pemuda tersebut dan masih dalam peringkat untuk saling kenal mengenali.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan