MALAYSIAKINI
Seorang wakil siswa Umno menegur penulis blog dari kalangan parti itu
yang didakwa lambat bertindak balas ke atas tulisan dari kem lawan
mereka untuk mempertahankan isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah
Mansor.
Wakil Kelab Mahasiswa Luar Negara, Nur Farhana Mohd Anuar berkata beliau
bimbang jika kelemahan itu akan memberi kelebihan kepada pihak lawan.
Beliau membangkitkan kebimbangan mengenai tindakan "penulis blog
pembangkang" yang menurutnya menyebarkan maklumat dan dakway palsu
mengenai Datuk Seri Najib Razak.
"Ini termasuklah Datin Rosmah Mansor yang bukan sebagai ahli politik,
penulis blog (pembangkang) juga menyerangnya saban hari tanpa rasa
simpati.
"Namun acap kali serangan ini, lambat diserang balas oleh penyokong Umno kerana rangkaian blogger pro-Umno yang terhad.
"Lebih malang lagi, kita tolong kongsi dakyah pembangkang ini," kata
Nurfarhana ketika membahaskan usul ucapan dasar presiden di Perhimpunan
Agung Umno di PWTC.
Beliau berkata pihaknya bertekad sedia menjadi pembela untuk
mempertahankan pemimpin negara daripada terus diperlekehkah oleh media
sosial pembangkang.
Nur Farhana berkata pihak yang lebih agresif dalam penyebaran data lebih
mudah menakluki pembaca dan beliau mengakui pemimpin Umno ketinggalan
untuk menguasai maklumat dengan pantas.
"Dan pihak yang berjaya memenuhi tuntutan itu lebih cenderung, lebih
berjaya dalam penyebaran berita sama ada benar mahupun yang palsu.
"Justeru itu setiap persepsi diterima sebagai fakta atau realiti walaupun ia sebenarnya palsu," katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan