MALAYSIAKINI
Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin menyuarakan kebimbangannya terhadap pola kemerosotan sokongan terhadap BN.
Beliau berkata kemerosotan itu perlu dihentikan jika Umno masih mahu terus kekal berkuasa selepas pilihan raya ke-14.
"Saya tak tahu kalau tiga tahun akan datang kita boleh bersidang selepas
pilihan raya - sama ada kita boleh panggil presiden kita sebagai
perdana menteri atau tidak," kata Muhyiddin.
Dalam ucapan penggulungannya pada Perhimpunan Agung Umno ke-65 petang
ini, Muhyiddin turut mengingatkan perwakilan untuk terus bertindak ke
atas usul yang dibahaskan dalam perhimpunan ini.
Tegasnya, pilihan raya umum seterusnya akan berlangsung dalam masa tiga tahun dan tiga bulan sahaja dari sekarang.
"Hanya lebih kurang 39 bulan sahaja dari sekarang, pilihan raya pasti diadakan.
"Soalnya dalam tempoh sebegini singkat, apakah inisiatif baru yang boleh
kita laksanakan untuk mengembalikan keyakinan, memperbetulkan persepsi
yang telah dibahaskan usulnya pada peringkat Pemuda dan Wanita.
"Kalau kita tak ada inisiatif tak bawa pembaharuan dalam tempoh yang
segera, kita akan berada dalam keadaan yang cukup berbahaya," katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan