MALAYSIAKINI
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menjelaskan bahawa
keputusannya untuk mengekalkan Akta Hasutan tidak akan menjamin
kemenangan BN dalam pilihan raya umum ke-14.
"Perlindungan pada BN tidak datang daripada Akta Hasutan,” katanya dalam
ucapan semasa merasmikan konvensyen parti PPP di Pusat Dagangan Dunia
Putra hari ini.
“Akta Hasutan tidak memastikan BN dipilih semula dalam pilihan raya umum
ke-14. Ia hanya boleh diraih melalui kemahuan dan sokongan rakyat,”
katanya.
Pengumuman Najib pada hari Khamis lalu bertentangan dengan janjinya, dua tahun lalu untuk menggantikan Akta Hasutan.
Para pemerhati melihat tindakan itu dibuat ekoran tekanan dari akar umbi
Umno bagi memastikan kedudukan parti tersebut dalam pilihan raya umum
akan datang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan