HALAMAN SANTAI

Sabtu, 29 November 2014

Isu RM2.6 Juta : Khalid Ibrahim Sedia Disiasat

RAKYATNEWS


Khalid Ibrahim
 


KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengalu-alukan siasatan ke atasnya berhubung isu wang pampasan RM2.6 juta yang diagihkan kepada lapan bekas kakitangan Perbadanan Menteri Besar (PMB).

Perkara ini diumumkan peguam Tan Poh Yee daripada syarikat guaman Bon Advocates yang mewakili Abdul Khalid.

"Beliau akan bekerjasama dengan apa-apa persoalan yang mungkin timbul semasa proses penyiasatan, termasuk siasatan yang sedang dilakukan Jabatan Audit Negara Negeri Selangor.

"Langkah itu adalah satu amalan kerja yang biasa apabila persetujuan dicapai untuk menamatkan kontrak pekerja lebih awal, dengan memperuntukkan sejumlah wang yang dipersetujui sebagai pampasan.

“Jumlah itu biasanya merupakan bayaran untuk tempoh kontrak yang masih berbaki dan bayaran ex-gratia untuk perkhidmatan yang sudah diberikan mengikut budi bicara.

“Di dalam kes ini, Setiausaha Negeri Selangor dan pegawai kewangan Negeri Selangor merupakan sebahagian daripada proses membuat keputusan,” katanya di dalam satu kenyataan.

Dilaporkan kerajaan negeri Selangor telah membayar RM2.6 juta kepada pembantu mantan menteri besar yang juga pengerusi PMB sebelum beliau meletak jawatan.

Turut dilaporkan, jumlah terbesar bayaran diberi kepada Faekah Husin, bekas ketua pegawai eksekutif (CEO) syarikat milik kerajaan negeri itu.

Tiada ulasan: