Azmin Ali Azmin Ali
 
 
SHAH ALAM - Kerajaan negeri Selangor akan tetap menyalurkan peruntukan RM200,000 setahun kepada setiap Adun BN meskipun mereka menolak pem‎berian itu.
Menteri Besar Mohamed Azmin Ali berkata, kerajaan kekalkan (pemberian peruntukan RM200,000).

Dalam (sesi) penggulungan saya akan beritahu langkah selanjutnya," katanya ketika ditemui pemberita di lobi Dun Selangor di sini hari ini.

Ketua Pembangkang Selangor, Datuk Mohd Shamsudin Lias semalam berkata, kesemua 12 Adun BN menolak peruntukan itu kerana mempersoal keikhlasan kerajaan negeri yang memberi peruntukan RM700,000 setahun kepada Adun Pakatan Rakyat.

Isnin lepas, Mohamed Azmin ketika membentangkan Belanjawan Negeri 2015 berjumlah RM2.4 bilion mengumumkan peruntukan kepada Adun BN itu mulai tahun
depan.

Dalam pada itu, ketika menjawab soalan Dr Xavier Jayakumar (PKR-Seri Andalas) pada sidang dewan hari ini, Mohamed Azmin berkata, proses penstrukturan semula industri air Selangor dijangka dapat diselesaikan sepenuhnya menjelang September tahun depan. 

Sementara itu, Abdul Shukur Idris (BN-Kuang) berkata, pihaknya menerima laporan terdapat 16 kawasan kegiatan perlombongan pasir secara haram di Selangor.

Menurutnya, antara kawasan itu ialah di Sungai Jelok (Banting) Taman Desa Kenari (Kajang), Sungai Rinching (Gombak) dan Bukit Changgang (Hulu Langat).

Menteri besar sebelum ini Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berjanji untuk atasi masalah ini namun ia terus berlaku.

"Jadi, menteri besar sekarang perlu membuktikan beliau lebih bagus dengan beri penjelasan mengenai perkara ini," katanya kepada pemberita di lobi Dun Selangor. - Bernama