HALAMAN SANTAI

Jumaat, 28 November 2014

Banteras rasuah kunci menarik orang muda sertai Umno, kata Najib

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
 
KUALA LUMPUR: Umno mesti dilihat bersih daripada politik wang jika mahu menarik generasi muda yang menjadi kunci kepada kelangsungan parti itu, kata Datuk Seri Najib Razak. 
 
"Kalau kita ingin menambat hati generasi muda, Umno mesti dilihat sebagai parti yang sanggup membanteras rasuah dan politik wang," kata Najib ketika merasmikan Perhimpunan Agong Umno di sini.  
 
(Ini kerana) sebab rasuah adalah punca kepada banyak kerosakan dan kepincangan," kata Najib yang juga Perdana Menteri ketika merasmikan Perhimpunan Agung Umno di sini. 
 
Dalam ucaptamanya Najib mengumumkan pelan tindakan untuk menarik sokongan belia secara beramai-ramai dan menekankan keperluan memperluas dan memperkasakan golongan ahli Umno di bawah umur 30 tahun. 
 
"Kita akan membuka pendaftaran keahlian UMNO secara terus melalui online yang akan ditempatkan di bawah pendaftaran Ibu Pejabat Umno Pusat kepada anak-anak muda seawal usia 18 tahun," kata beliau. 
 
Najib mengakui budaya mencatas pemimpin muda Umno kerana dilihat mengugat kedudukan pemimpin veteran masih membelenggui parti itu. 
 
" Semakin hari semakin jelas kita mendengar keluhan dan rintihan anak-anak muda yang ingin turut serta berjuang dalam Umno.
 
"Malangnya, semakin hari semakin jelas juga kita mendapat maklum bahawa hasrat anak-anak muda ini, katanya dihalang dan ditolak oleh mereka yang lebih lama di dalam parti," kata beliau. 
 
Najib berkata Umno mempunyai tiga generasi pemimipin iaitu yang berusia 50 tahun ke atas, berusia antara 30 hingga 50 tahun dan generasi ketiga pula yang berusia 30 tahun ke bawah.
 
"Apa yang penting, demi masa depan parti, ketiga-tiga generasi perlu bekerjasama. Apa yang paling mustahak juga, generasi ketiga mesti diperluaskan, diperkukuhkan dan diperkasakan," kata beliau.

Tiada ulasan: