Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan bahawa Akta Hasutan 1948 akan dikekalkan.
Malah, akta itu bukan sahaja dipertahankan tetapi juga akan diperkuat dan diperkukuhkan.
Beliau membuat pengumuman itu ketika berucap merasmikan perhimpunan agung Umno di PWTC hari ini dan disambut tepukan gemuruh para perwakilan.
Beliau berkata, akta itu akan diperkukuhkan dalam sekurang-kurangnya dua perkara, iaitu.
Beliau membuat pengumuman itu ketika berucap merasmikan perhimpunan agung Umno di PWTC hari ini dan disambut tepukan gemuruh para perwakilan.
Beliau berkata, akta itu akan diperkukuhkan dalam sekurang-kurangnya dua perkara, iaitu.
- Memasukkan peruntukan khas untuk melindungi kesucian agama Islam dan agama lain juga tidak boleh dihina.
- Memasukkan supaya tindakan boleh diambil terhadap sesiapa yang cuba menghasut supaya Sabah dan Sarawak keluar dari Malaysia.
Najib kemudiannya bertanya kepada para perwakilan sama ada mereka
bersetuju dengan keputusan tersebut, dewan gamat jawapan "setuju".
"Inilah hasrat kita. Saya percaya rakan-rakan dalam kepimpinan BN bersama-sama dengan kita.
"Kita akan laksanakan secara adil supaya kita benar-benar dapat
mewujudkan negara Malaysia yang lebih aman dan lebih stabil dan lebih
harmoni," tegasnya.
Najib sebelum itu menjelaskan yang pendirian itu dibuatnya selepas mendengar pandangan pelbagai pihak daripada dalam dan luar Umno.
"Saya mendengar pendapat dan cadangan daripada timbalan perdana menteri, Wanita, Pemuda, dan Puteri serta usul daripada bahagian dan keresahan serta pandangan NGO.
"Maka saya sebagai perdana menteri memutuskan yang Akta Hasutan 1948 dikekalkan," katanya disambut sorakan gemuruh daripada perwakilan Umno.
Pengumuman ini merupakan pusingan-U kepada ikrar Najib sebanyak dua kali sebelum ini yang mahu memansuhkan akta tersebut dan menggantikannya dengan Akta Keharmonian Nasional.
Beliau pada bulan Julai 2012 membuat pengumuman memansuhkan akta itu buat pertama kali bersempena sambutan kemerdekaan dan Hari Malaysia pada tahun itu.
Terakhir, beliau mengulangi sekali lagi pendiriannya itu pada September baru-baru ini.
Akta Hasutan menjadi perbualan apabila aktivis, pensyarah, dan wartawan ditahan untuk disiasat, didakwa serta dihukum penjara di bawah akta tersebut.
Siri dakwaan, siasatan dan hukuman itu membuatkan orang ramai mempersoal komitmen Najib yang sebelum ini mengumumkan pemansuhannya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan