Grafik Sinar Online
KUALA LUMPUR - "Inilah yang dikatakan hero Malaya sebenar. Bukan sahaja
perkasa bahkan budiman," ujar Ketua Puteri Umno, Mas Ermieyanti
Samsuddin ketika mengulas mengenai pelaksanaan kadar pemotongan 10
peratus dari pendapatan suami untuk diberi kepada isteri dan ibu bapa.
Katanya, menerusi ucapan penggulungan Perhimpunan Agung Umno yang mengambil tempat di PWTC hari ini, kaedah tersebut boleh membantu isteri memperoleh nafkah secara tetap dari pasangan masing-masing.
"Ramai wanita diluar sana yang nasibnya tidak terbela dan tidak mendapat nafkah sewajarnya dari suami.
"Saya mengucapkan tahniah kepada Kementerian Pertahanan yang memperkenal peruntukan tersebut dan melaksanakan pemotongan 10 peratus pendapatan pegawai yang sudah berkahwin untuk diberi kepada isteri, malah kementerian juga menawarkan potongan gaji secara sukarela untuk diberi kepada ibu bapa," katanya.
Pemotongan 10 peratus gaji anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) untuk dikreditkan ke dalam akaun isteri mula dilaksanakan sepenuhnya ke atas pegawai dan anggota Kementerian Pertahanan pada tahun 2009.
Pelaksanaan yang sebelum ini hanya meliputi anggota lain-lain pangkat, kini diperluas hingga ke peringkat Panglima Angkatan Tentera (PAT).
Justeru itu, beliau menyarankan Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga, dan Masyarakat mengadakan kerjasama dengan Kementerian Kewangan bagi membincangkan pelaksanaan tersebut bagi sektor awam dan swasta.
"Saya yakin bahawa Kementerian Kewangan akan mempertimbangkan saranan ini kerana wanita merupakan tulang belakang para suami," katanya.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan