HALAMAN SANTAI

Khamis, 27 November 2014

Anwar: Najib tunduk pada ekstremis

MALAYSIAKINI

Ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pengumuman Datuk Seri Najib Razak untuk mengukuhkan lagi Akta Hasutan menunjukkan bahawa perdana menteri itu tunduk kepada tuntutan kumpulan pelampau.

“Saya kecewa kerana Najib memungkiri janjinya untuk memansuhkan Akta Hasutan.

"(Najib) tunduk pada tekanan kumpulan yang dilihat berhaluan kanan dan ekstremis yang mahu menggunakan undang-undang untuk menekan kebebasan dan menindas pembangkang dan aktivis lain,” katanya.

Beliau mengulas pengumuman Najib di perhimpunan agung Umno bahawa akta tersebut akan dikekalkan, walau perdana menteri itu sebelum ini berjanji untuk menggantikannya dengan Akta Keharmonian Nasional.

Tiada ulasan: