Wacana Sinar Harian siri ke 33 di Auditorium Kumpulan Media Karangkraf, hari ini. - Foto Sinar Harian oleh NIZAM ZAIN
SHAH ALAM - Golongan mualaf digesa memainkan peranan penting untuk
memberikan nasihat dan penjelasan tentang agama Islam kepada masyarakat
bukan Islam di negara ini dengan lebih berkesan.
Tokoh dakwah, Xifu Naser Abdul Rahman berkata, golongan ini juga sepatutnya banyak bersuara dalam usaha berdakwah kepada bukan Islam dengan menggunakan pendekatan kiasu Cina.
"Orang Cina Islam kena nasihat dan beritahu sendiri bukan Islam tentang agama Islam. Mereka patut banyak bersuara dan pihak media harus beri sokongan kepada mereka supaya dakwah lebih berkesan.
"Sepatutnya mereka kehadapan, bukan jadi parasit kepada bangsa Melayu," katanya pada Wacana Sinar Harian Siri ke-33 dengan tajuk 'Cabaran dakwah di Malaysia' di Auditorium Kumpulan Media Karangkraf di sini, hari ini.
Dalam pada itu, Xifu Naser membidas sikap sesetengah umat Islam mudah keliru apabila dialog antara penganut agama lain dilakukan.
"Macamlah akidah kita tidak jelas, macamlah umat kita tidak jelas. Mengapa kita takut sangat, takkan tidak boleh beza antara emas dan batu, takkan seorang Islam itu tidak boleh bezakan antara fitnah dengan kebenaran apabila disampaikan kepada mereka.
"Kami tidak keliru bila jadi muslim, sepatutnya dia tidak keliru sebab mereka dilahirkan sebagai Islam," katanya.
Dalam pada itu, beliau mempertahankan bahawa pluralisme itu cara berdakwah yang sangat berguna, namun umat Islam perlu yakin dengannya.
"Pluralisme itu cara dakwah sangat berguna kepada kita dengan syarat kita kena yakin," katanya lagi.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan