Roketkini.com.
KUALA LUMPUR: DAP hari ini membuat laporan polis
berhubung fitnah jahat bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk
Mashitah Ibrahim, kononnya masyarakat Cina di Kedah membakar Al- Quran.
Laporan dibuat di balai polis Tun HS Lee, Jalan Stadium
pagi tadi oleh Penolong Setiausaha Publisiti Kebangsaan Teo Nie Ching,
Ahli Parlimen Batu Kawan Kasthuri Patto dan Setiausaha Politik Ketua
Parlimen DAP Dyana Sofya.
Teo berkata, kenyataan Mashitah tersebut sangat tidak
bertanggungjawab dan cuba menimbulkan permusuhan antara masyarakat Islam
dan bukan Islam.
“Mashitah sangat tidak bertanggungjawab untuk mengatakan
seolah-olah orang bukan Islam, terutama masyarakat Cina di Kedah
menghina Islam.
“Kita tidak boleh bertolak ansur dengan kenyataan seperti
itu dan harap polis akan siasat dengan segera,” katanya dalam sidang
media selepas membuat laporan.
Menurut laporan Malaysiakini semalam, Mashitah yang juga
perwakilan Wanita Umno Kedah membuat fitnah itu ketika berucap di
Perhimpunan Agung Umno semalam.
Ketua bahagian Umno baling itu dilaporkan berkata itu
berkata diberitahu bahawa terdapat dakwaan bukan Islam di sebuah negeri
di utara membakar helaian al-Quran pada waktu sembahyang.
“Rasa tercabar atau tidak? Rasa sensitif atau tak? Rasa
sedih atau tak??” katanya seperti dipetik ketika berucap kepada para
perwakilan ketika membahaskan usul agama, pendidikan dan sosial sempena
perhimpunan agung Wanita Umno di PWTC semalam.
Namun setakat ini, hanya satu insiden seumpama itu yang
dilaporkan berlaku, iaitu pada 20 November lalu yang membabitkan seorang
lelaki Melayu kurang siuman yang mendapat rawatan di Wad Psikiatri
Hospital Sultanah Bahiyah di Alor Setar.
“Malah jika benar ada orang Cina yang bakar Al-Quran, ia
adalah tindakan peribadi dan bukan minoriti. Saya juga pasti semua orang
bukan Islam turut mengecamnya,” kata Ahli Parlimen Kulai itu lagi.
Dalam pada itu, Kasthuri menggesa Presiden Umno Datuk Seri
Najib Razak agar menambil tindakan, memandangkan ia dibuat ketika
perhimpunan agung parti itu.
“Setiap kali PAUperhimpunan agung Umno, ia jadi medan
menghemtam kaum lain. Sedangkan banyak isu nasional boleh dibincangkan
seperti keganasan rumah tangga dan pemerdagangan wanita.
“Najib perlu bertanggungjawab kerana ini berlaku di bawah
pemerhatiannya. Berdiam diri bermaksud beliau menyokongnya,” katanya
lagi.
Dyana Sofya yang trut hadir ke balai polis berkata tiada
sebab untuk Mashitah cuba menggunakan fitnah itu untuk menimbulkan
permusuhan.
Ini kerana Mashitah melakukan provokasi dengan bertanya sama ada perwakilan Umno ‘merasa tercabar’ dengan tindakan itu.
“Walhal Ketua Polis Kedah sendiri menggesa agar insiden
bakar Quran (oleh lelaki kurang siuman itu) tidak
dibesar-besarkan.sehingga timbul salah faham,” katanya lagi. –
Roketkini.com.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan