Oleh Shuhaniza Said & Wan Anis Ilayani W. M.Azhar
KUALA LUMPUR: Reaksi pihak pembangkang yang mendakwa Perdana Menteri
'mungkir janji' berhubung pengekalan Akta Hasutan 1948 diibaratkan
seperti 'cacing kepanasan', kata Perwakilan Kedah, Haji Mohd Kamal
Saidin.
Beliau berkata, Perdana Menteri yang juga Presiden Umno, Datuk Seri
Mohd Najib Razak pada waktu itu tidak pernah berjanji untuk memansuhkan
akta zaman British itu, sebaliknya hanya berkata mahu mengkaji akta
tersebut.
"Bagi yang yang tak setuju maka mereka buat berbagai tohmahan fitnah..
semalam saya baca surat khabar, pihak pembangkang telah membangkitkan
nahawa Preiden kita kononnya tak menepati janji tentang Akta Hasutan.
"Bukan beliau berjanji nak hapuskan, beliau kata nak dikaji, nak
diteliti.. tapi dengan syarat. Ini kena jawab bila balik ke kawasan..
Presiden tak pernah berjanji tapi sebaliknya minta syarat...kalau mereka
beri sokongan dan keyakinan, kalau umno terus menerajui maka kita akan
mengkaji," katanya sambil mendapat tepukan gemuruh hadirin.
Semalam, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa Najib
gagal mengotakan janji yang telah dibuat pada 2012 yang mahu memansuhkan
Akta Hasutan 1948.
Najib pada 2012 pernah berkata Akta Hasutan 1948 akan dimansuhkan, dan
digantikan dengan akta baru, yang dikenali sebagai Akta Keharmonian
Nasional.
Beliau bagaimanapun akhirnya menamatkan teka-teki berkenaan apabila
mengumumkan pengekalan Akta Hasutan 1948 sewaktu menyampaikan ucapan
dasar Perhimpunan Agung Umno 2014, dua hari lalu.
Mengulas lanjut kata beliau, pihak pembangkang adalah pihak yang memungkiri janji.
"Kalau nak diagih tentang janji, siapa yang memungkir janji? Merekalah
yang mungkir janji.. mereka siapa? Kaum cauvinis.. pelampau perkauman,
ekstremis yang anti Islam, pembangkang Melayu yang bersekongkol dengan
pengkhianat negara.
"Tapi kena berbalik apa akan jadi jika Akta Hasutan ini kalau
dikekalkan dan ditambah baik, kalau kita dapat tangani bersama saya
yakin baahwa negara kita dapat dikekalkan kestabilan dan keamanan,"
katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan