HALAMAN SANTAI

Jumaat, 28 November 2014

“Rumah Mampu Tengok” Untuk Orang Singapore & China Semakin Pesat di Johor Bahru & Nusajaya. Rakyat Johor Perlukan Rumah Mampu Milik!




rumah mampu milik johor



“Rumah Mampu Tengok” Untuk Orang Singapore & China Semakin Pesat di Johor Bahru & Nusajaya. Rakyat Johor Perlukan Rumah Mampu Milik! Berdasarkan semakan Berita Semasa terhadap Majlis Tanah Negara (MTN), telah pun sebulat suara mengenai syarat kepada warga asing yang mana mereka ini tidak lagi layak membeli harga rumah RM500,000 dan ke atas lagi.

Selepas ini….hanya harga rumah RM1 juta dan ke atas akan dijual kepada warga asing.

Hakikatnya, undang-undang inilah antara faktor yang menyebabkan harga rumah melambung tinggi. Berita Semasa cukup kesal “bagaimana orang-orang di atas sana” boleh tergamak membenarnya warga asing membeli rumah di malaysia dengan sewenang-wenangnya pada harga yang tidak munasabah pada ketika dahulu.
  • Dahulu RM250,000 warga asing boleh beli rumah di Malaysia. What?
  • Dahulu RM500,000 warga asing boleh beli rumah di Malaysia. What?
  • Sekarang RM1 juta terpaksa ditingkatkan paras untuk kebenaran warga asing membeli rumah
Akhirnya yang menanggung beban atas dasar yang tidak bermaruah ini adalah kalangan golongan muda, pasangan yang baru mendirikan rumah tangga serta pasangan bekeluarga yang masih tidak mampunyai rumah lagi di atas bumi Malaysia ini apabila terpaksa menanggung harga rumah yang semakin tidak munasabah hari ini dek kerana pemaju lebih gemar membina harga rumah RM400,000 dan ke atas bagi memenuhi selera orang kaya dan warga gasing di Malaysia.

Johor Bahru Kampung No.2 Orang China & Singapore?

 

Berdasarkan semakan Berita Semasa, gambar di atas ini dirakam di negeri Johor, iaitu dalam sangkar rumah kita sendiri. Orang Singapore yang kaya raya datang bukan sahaja beli satu dua beli, terus 8-10 bilik sekaligus daripada 20 bilik yang ditawarkan.
  1. Satu lagi kejadian di Melaka. Satu pemaju hartanah dari Singapore yang cukup terkenal di Melaka.
  2. Menjual pada kadar harga yang tidak munasabah untuk pasaran hartanah di Melaka.
  3. Tetapi agen tersebut tidak risau mengenai jualan hartanah mereka, kerana jikalau orang Melaka, orang Malaysia tidak mahu beli, kami masih ada pembeli dari Singapore yang lebih berminat. See…..
  4. Tiba-tiba datang orang Singapore berminat untuk mebeli hartanah di melaka terus menyambar satu mahu ini, ini dan ini. 3 unit kondo dibeli sekaligus. Hebat…..
BACA INI PULA : Melayu Johor Paling Miskin di Malaysia? 
Melayu Kelantan Lebih Kaya. Banglo RM200,000 (Kelantan) VS RM1.5 Juta (Johor)!

Hari ini semakin ramai warga Johor melihat trend kepesatan pembangunan di Iskandar Malaysia (Johor Bahru & Nusajaya) dan pembinaan perumahan di sana sebagai hanya “mampu tengok sahaja”. Masakan tidak mereka berkata begitu, realitinya….
  1. Harga-harga seunit kondominium yang ditawarkan oleh pemaju-pemaju mencecah RM800,000 bagi unit permulaan seluas 800 kaki persegi dan ke bawah.
  2. harga unit dengan keluasan 1000 kaki persegi dan berhadapan dengan laut pula akan melebihi RM1 juta  kebanyakan pembeli “rumah mampu tengok” itu adalah warga asing terutamanya dari Singapura serta China yang semakin berminat melabur hartanah di Johor Bahru  RM800k ditukar kepada Sing Dollar menjadi S$ $320,000? Senyum Singaporean. Meleleh air mata Malaysian
Jangan kerana dikejarkan kekayaan segera dan pembangunan kita terlupa untuk melihat sejenak masa depan anak cucu kita. 

Apa pendapat anda pula?

Tiada ulasan: