SHAH ALAM – Penganjur dan penaja program sambutan tahun baru
dinasihatkan berfikir dengan lebih matang dalam membuat keputusan sama
ada untuk meneruskan perancangan acara tersebut atau sebaliknya.
Guru dari Pulau Pinang, Muhamad Aizuddin Mohamad Rusli berkata, jika diteruskan program tersebut, ia seolah-olah tidak ‘kena’ dengan situasi yang dihadapi sebahagian rakyat di Pantai Timur.
“Acara sambutan tahun baru itu dah seperti aktiviti wajib tapi dalam keadaan negara kita yang sedang diduga, kita kena tengok kesesuaian itu. Sama ada mahu diteruskan atau digantikan.
“Pada pandangan peribadi saya sendiri secara keseluruhannya, acara ini memang banyak tidak baik daripada baiknya. Tidak kena pula dengan keadaan situasi yang sekarang ini.
Jadi, siapa pun yang terlibat sama ada penganjur, penaja dan sebagainya, dapat lebih berfikiran lebih matang dalam buat keputusan,” katanya kepada Sinar Harian Online ketika diminta memberi pandangan soal kewajaran sambutan tahun baru diteruskan di saat Pantai Timur sedang dilanda bencana alam.
Sementara Nor Hafizah Saparuddin dari Pahang pula berpendapat, program sambutan boleh diteruskan namun dibuat ke arah yang lebih mengingati mangsa-mangsa banjir.
“Pada saya, boleh juga diadakan tapi pada masa sama kita mengingati mereka. mungkin buat dalam bentuk solat hajat, tabung bencana untuk mangsa-mangsa banjir,” katanya.
Manakala Shereen Azreena Abdullah dari Johor menyifatkan sambutan tersebut tidak wajar diteruskan berikutan musibah yang sedang melanda negara ini.
“Buat masa ini saya rasa tak wajar diadakan sambutan kerana sekarang dengan musibah yang melanda negara kita.
“Ia seperti tak ada rasa kasihan kepada saudara-saudara kita yang menjadi mangsa banjir. Mungkin patut ditangguhkan atau dibatalkan terus,” katanya.
Noor Masayu Zakaria dari Negeri Sembilan pula turut senada dengannya.
“Tak wajar nak sambut sebab sekarang tengoklah dah macam-macam jadi, banyak bencana. Kalau nak sambut pun tak sesuai,” katanya.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan