Sumber Ibu Pejabat Polis Bukit Aman berkata, kumpulan militan itu yang turut mempunyai 'cawangan' di negara ini dikesan pernah menghantar anggotanya ke Timur Tengah termasuk Afghanistan untuk menjalani latihan ketenteraan bagi tujuan aktiviti keganasan.
"Unit itu dikenali sebagai Katibah Nusantara Lid Daulah Islamiyyah atau Unit Kepulauan Melayu Negara Islam. Unit ini adalah salah satu daripada unit IS di Iraq dan Syria.
“Dipercayai unit ini dibentuk berikutan ramai ahlinya mempunyai masalah komunikasi dalam bahasa Inggeris atau Arab untuk bergaul dengan unit multinasional IS lain,” katanya.
Difahamkan kumpulan itu turut dibentuk bagi merekrut serta menyediakan kemudahan termasuk kewangan kepada individu yang mahu pergi ke Syria bagi menyertai perjuangan IS di Timur Tengah.
“Berdasarkan maklumat, seramai lebih 50 rakyat Malaysia dan sekitar 200 rakyat Indonesia kini menyertai IS di Syria dan Iraq. Kebanyakan mereka memasuki Syria menerusi negara ketiga seperti Turki dan Jordan,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan