Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin berkata negara Amerika Syarikat
sepatutnya mencerminkan diri sendiri sebelum mengritik Malaysia mengenai
pindaan Akta Hasutan 1948.
Dalam satu tulisannya di Twitter, Khairy berkata AS sepatutnya menutup pusat tahanan Guantanamo terlebih dahulu sebelum mempersoalkan Akta Hasutan.
Tindakan itu akan “memberi peluang utama kepada AS untuk membetulkan keadaan dan mempromosi keyakinannya pada demokrasi dan kehakiman”, kata Khairy.
Khairy
menjawab kenyataan Naib Presiden AS, Joe Biden di laman sosial tersebut
yang bimbang jika Akta Hasutan dan undang-undang lain digunakan untuk
menekan pembangkang di negara ini.
Biden juga membangkitkan kebimbangan dengan keputusan rayuan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kes Liwat II.
Katanya, keputusan itu “memberi peluang utama kepada Malaysia untuk membetulkan keadaan dan mempromosi keyakinan pada demokrasi dan kehakiman”.
Pendirian Khairy ke atas kenyataan Biden itu disokong ketua Pemuda Gerakan, Tan Keng Liang yang berkata Malaysia perlu terus menilai keadilan.
"Tiada pengecualian khas walau anda seorang ketua pembangkang. Jangan berselindung di sebalik kata demokrasi.
“Adakah adil bagi mangsa jenayah sekiranya kes itu dibuang semata-mata untuk menegakkan demokrasi? Keadilan juga penting bagi negara kita. Saya harap, begitu juga di AS,” katanya lagi.
Turut mengulas isu itu ialah bekas ADUN Subang, Lee Hwa Beng yang menyindir AS atas kebimbangan ke atas penguatkuasaan undang-undang itu.
“VP AS tulis kebimbangan mengenai Akta Hasutan, saya juga bimbang dengan cara polis layan orang kulit hitam di AS,” katanya.
Dalam satu tulisannya di Twitter, Khairy berkata AS sepatutnya menutup pusat tahanan Guantanamo terlebih dahulu sebelum mempersoalkan Akta Hasutan.
Tindakan itu akan “memberi peluang utama kepada AS untuk membetulkan keadaan dan mempromosi keyakinannya pada demokrasi dan kehakiman”, kata Khairy.
Biden juga membangkitkan kebimbangan dengan keputusan rayuan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kes Liwat II.
Katanya, keputusan itu “memberi peluang utama kepada Malaysia untuk membetulkan keadaan dan mempromosi keyakinan pada demokrasi dan kehakiman”.
Pendirian Khairy ke atas kenyataan Biden itu disokong ketua Pemuda Gerakan, Tan Keng Liang yang berkata Malaysia perlu terus menilai keadilan.
"Tiada pengecualian khas walau anda seorang ketua pembangkang. Jangan berselindung di sebalik kata demokrasi.
“Adakah adil bagi mangsa jenayah sekiranya kes itu dibuang semata-mata untuk menegakkan demokrasi? Keadilan juga penting bagi negara kita. Saya harap, begitu juga di AS,” katanya lagi.
Turut mengulas isu itu ialah bekas ADUN Subang, Lee Hwa Beng yang menyindir AS atas kebimbangan ke atas penguatkuasaan undang-undang itu.
“VP AS tulis kebimbangan mengenai Akta Hasutan, saya juga bimbang dengan cara polis layan orang kulit hitam di AS,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan