HALAMAN SANTAI

Jumaat, 5 Disember 2014

NGO: Laporan buruh AS niat burukkan M'sia

MALAYSIAKINI


 


Kerajaan Amerika Syarikat yang mendakwa kanak-kanak yang digunakan sebagai buruh paksa adalah kempen memburuk-burukkan ekonomi Malaysia, kata beberapa NGO Islam.

Ketika menyerahkan memorandum kepada Kedutaan Amerika Syarikat di ibu negara berhubung dakwaan itu pagi ini, Presiden Dewan Ekonomi dan Sosial Muslim Malaysia Mohd Fazil Abdullah berkata dakwaaan tersebut mempunyai agenda tersirat.

"Apa yang mereka cuba nak cakap ialah ekonomi kita tidak baik. Dengan mengatakan bahawa kita mempunyai buruh kanak-kanak, orang tidak akan membeli produk kita.

"Secara umumnya, saya rasa ini satu serangan, khususnya terhadap industri minyak sawit. Minyak sawit kita cukup bagus. Mereka terpaksa datang dengan sesuatu, maka mereka datang dengan ini - buruh kanak-kanak.

"Ada agenda tersirat di belakang perkara ini, saya yakin," katanya diluar kedutaan itu.

Baru-baru ini, Jabatan Buruh Amerika Syarikat mengeluarkan satu laporan yang mana Malaysia tersenarai sebagai menggunakan buruh kanak-kanak dalam industri elektronik dan minyak sawit, sementara industri pakaian tempatan disenaraikan menggunakan buruh paksa.

Tiada ulasan: