Najib berkata, amalan berkhatan bukan sahaja diwajibkan di kalangan agama Islam tetapi juga agama lain seperti agama Yahudi.
"Malah di negara kita, orang bukan Islam pun menganggap berkhatan sebagai amalan yang baik dan patut dilakukan oleh mereka," katanya semasa berucap merasmikan majlis berkhatan beramai-ramai peringkat Parlimen Pekan di sini hari ini.
Majlis anjuran Biro Agama Umno Bahagian Pekan dan Biro Agama Umno Malaysia itu turut dihadiri Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob.
Najib berkata, jika dahulunya orang yang paling ditakuti kanak-kanak ialah Tok Mudin atau tukang khatan kerana melakukan khatan secara tradisional tanpa ubat bius, namun dengan adanya teknologi terkini spserti 'Flushcutter, Tara Clamp, Sunathrone dan Laser Carbondioxcide', rasa sakit kerana berkhatan dapat dikurangkan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan