HALAMAN SANTAI

Selasa, 2 Disember 2014

Timbalan Speaker II: Nazmi tak tahu ada janji kepada DAP

Oleh Wan Anis Ilyani Wan Mohamed Azhar
Post Pic



SHAH ALAM: PKR hari ini membayangkan seolah-olah parti itu tidak pernah berjanji untuk memberikan satu lagi jawatan Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor (DUN) kepada DAP.

DAP sebelum ini mendakwa PKR mahu memberi tambahan kuota jawatan itu kepada mereka sebagai membalas budi atas isu jawatan Menteri Besar sebelum ini.

"Saya tidak tahu. Setahu saya kita tidak pernah janjikan apa-apa (kepada DAP). Pada kita, daripada awal isu ini adalah soal prinsip sokongan tersebut.

"Waktu itu sokongan kepada PKR untuk kerusi MB datang daripada semua iaitu PAS dan DAP.

Mungkin pada waktu isu soal calon. Namun kerusi MB untuk PKR tidak pernah dibangkitkan sebelum ini. Saya tidak tahu yang selebihnya bagaimana," katanya yang ditemui media di perkarangan Lobi Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, petang tadi.

Meskipun beberapa negeri memperuntukkan dua jawatan Timbalan Speaker namun Nik Nazmi berpendapat tidak ada keperluan bagi Selangor membuat penambahan kuota tersebut.

"Isu itu tidak timbul sebabnya setakat ini kita tidak ada berbincang untuk diadakan (tambah kuota).

Saya pun hanya baca di media sahaja. Buat masa ini kita kekalkan apa yang ada pada hari ini untuk satu timbalan speaker sahaja," kata Nik Nazmi yang juga merupakan bekas Timbalan Speaker ketika pentadbiran Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang lalu.

Sebagaimana diketahui umum, DAP sehingga ke hari ini melobi agar satu lagi kuota ditambahkan untuk jawatan Timbalan Speaker sebagai menuntut janji Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat bagi menyelesaikan krisis menteri besar sebelum ini.

Timbalan Setiausaha DAP Selangor, Ng Suee Lum berkata tuntutan itu akan diteruskan memandangkan Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali memberi kerusi berkenaan kepada parti itu.

Beliau menyifatkan kerusi itu amat penting kepada DAP memandangkan parti tersebut memberikan kesetiaan penuh kepada PKR dan Pakatan Rakyat (PR) ketika isu itu menjadi kontroversi.

Tiada ulasan: