HALAMAN SANTAI

Selasa, 3 Februari 2015

Adakah Ananda Krishnan akan menjadi penyelamat 1MDB?



Oleh Ng Kee Seng 


Adakah "taikun" Malaysia Tan Sri Ananda Krishnan (AK) akan menjadi "kesatria putih" dan menyelamatkan 1Malaysia Development Berhad?

AK dilaporkan telah mengukuhkan persetujuan untuk memberi pinjaman kepada 1MDB dengan jumlah sehingga RM2 bilion untuk membantu badan pelaburan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak itu untuk membayar hutang kepada Malayan Banking Bhd (Maybank) dan RHB Bank Berhad yang mencapai tarikh akhirnya hujung bulan ini.

Jika laporan The Edge yang memetik sumber itu benar, ia menunjukkan kerajaan Malaysia, terumata Kementerian Kewangan, kini dalam krisis kewangan.

Implikasi pinjaman seumpama itu, iaitu daripada individu kepada kerajaan - 1MDB adalah milik penuh Kementerian Kewangan - adalah memalukan.

Fikirkan:

- Malaysia yang merupakan sebuah negara yang kaya dengan sumber asli perlu meminjam RM2 bilion daripada seorang individu?

- Adakah Malaysia dalam krisis kewangan yang teruk, akibat hutang persekutuan sejumlah RM800 bilion yang juga menghakis keyakinan terhadap ringgit.

Mengapa AK ingit mengorek duit untuk 1MDB? Untuk menunjukkan dirinya sebagai penyelamat dan berkhidmat kepada negara?

Laporan Reuters 31 Januari menyatakan AK - individu kedua terkaya di Malaysia - akan meminjamkan RM2 bilion kepada 1MDB untuk melangsaikan hutang kepada dua bank tempatan.

Laporan itu menyatakan dua individu yang arif tentang perkara itu mendedahkan AK kini sedang berunding berhubung terma pinjaman dengan 1MDB.

Awal bulan ini. Reuters juga melaporkan yang AK dalam perbincangan untuk menjadi pelabur dalam penyenaraian aset jana kuasa oleh yang sudah lama tertangguh. Ia berkemungkinan akan dibuat pada enam bulan purnama tahun ini.

"Pada masa ini, ia hanyalah satu pinjaman. Kita tidak tahu sama ada ia akan diterjemah melalui saham ekuiti," kata salah seorang sumber itu.

Pegawai 1MDB enggan memberi komen. Pegawai di badan pelaburan AK, Usaha Tegas juga tidak dapat memberikan knyataan.

Apa kata-kata menteri lain?

Bahawa hutang menggunung 1MDB tidak mendatangkan kesan kepada ekonomi dan kewangan? Benarkah apa yang kita dengar ini?- bm.theantdaily.com/

Tiada ulasan: