PETALING JAYA: Bukit Aman sedang berjaga-jaga terhadap taktik
terbaharu kumpulan pengganas Negara Islam (IS) yang digunakan untuk
menarik perhatian gadis-gadis dari seluruh dunia bagi menyertai barisan
mereka.
Ketua Penolong Pengarah Bahagian Anti-Pengganas, Cawangan Khas, Bukit
Aman, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata kumpulan militan itu telah
cuba untuk menarik perhatian remaja perempuan seawal usia 14 dan 15
tahun untuk menyertai aktiviti mereka, termasuklah jihad seks.
"Kami tidak akan membenarkan mereka diekploitasi oleh IS atau mana-mana kumpulan pengganas lain.
"Kami sedang mengumpul sumber untuk memastikan bahawa mereka tidak
jatuh ke dalam perangkap tersebut," katanya yang dipetik The Star.
Sambil menegaskan bahawa pihaknya sedang memantau keadaan ini dengan
teliti, Ayob Khan menasihatkan ibu bapa supaya lebih berhati-hati
terhadap aktiviti anak-anak mereka.
"Remaja perempuan dengan mudah boleh dipengaruhi oleh militan melalui media sosial, terutamanya Facebook.
"Oleh itu, ibu bapa, sila mainkan peranan dengan memantau aktiviti anak-anak anda," katanya.
Ayob Khan berkata, walaupun bahagian ini telah berjaya menggagalkan
percubaan tujuh wanita Malaysia daripada pergi ke Syria untuk bergabung
dengan kumpulan militan sejak tahun lepas, tujuh yang lain telah berjaya
pergi ke sana, sambil menambah kebanyakan mereka berusia 20-an.
"Yang paling muda setakat ini berusia 14 tahun yang ditahan minggu lalu," katanya.
Gadis itu telah ditahan di KLIA ketika cuba untuk terbang ke Kaherah,
kononnya untuk berkahwin dengan seorang pelajar di sana sebelum pergi ke
Syria.
Ayob Khan berkata penangkapan terbaharu mencerminkan trend
membimbangkan apabila IS dilihat sedaya-upaya mempengaruhi minda
anak-anak muda dari seluruh dunia untuk menyertai menyertai barisan
pengganas.
Pihak berkuasa Scotland Yard kini sedang mencari tiga remaja perempuan
yang dipercayai pergi ke Syria melalui Turki untuk menyertai IS.
Mereka adalah Shamima Begum, 15, yang boleh menggunakan nama Acklina
Begum, dan Kadiza Sultana, 16. Gadis ketiga, 15, tidak dinamakan atas
permintaan keluarganya.
Seorang rakan mereka, juga berusia 15 tahun, dikatakan telah menyertai militan pada bulan Disember.
Pada November, seorang gadis Belanda berusia 19 tahun telah dibawa
pulang oleh ibunya setelah berkahwin dengan seorang pejuang IS di Syria.
Terdahulu pada Ahad, Timbalan Menteri Pertahanan Datuk Abdul Rahim
Bakri berkata terdapat beberapa individu di negara ini yang terpengaruh
dengan aktiviti-aktiviti kumpulan militan.
"Keupayaan mereka untuk merekrut anak-anak muda untuk perjuangan mereka
yang salah adalah membimbangkan. Sehingga kini, terdapat beberapa orang
anak muda kita yang bukan sahaja menyertai mereka di wilayah IS sebagai
penyokong tetapi juga terlibat secara langsung dalam aktiviti
ketenteraan seperti pengeboman bunuh diri.
"Berdasarkan pengalaman negara-negara jiran, kita juga perlu memberi perhatian serius terhadap IS," katanya.]
Beliau memberi jaminan bahawa polis dan unit-unit perisikan pasukan
polis dan tentera mempunyai keupayaan untuk memantau pergerakan
kumpulan-kumpulan kumpulan-kumpulan militan dan tidak akan membiarkan
mereka berkembang ke satu tahap di mana mereka boleh mengancam
keselamatan negara.
Katanya, ibu bapa perlu sentiasa memantau aktiviti anak-anak mereka
untuk mengelakkan mereka dari terlibat dalam kumpulan pengganas seperti
IS.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan