HALAMAN SANTAI

Isnin, 2 Februari 2015

Jangan salahkan perniaga Cina sahaja

 
Kita patut marah kepada semua perniaga yang tak berhati perut.


Suhaizan Kayat


PETALING JAYA: Ketua Pemuda PAS, Suhaizan Kaiat berkata, tindakan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Ismail Sabri Yaakob yang menyarankan pengguna Melayu memboikot perniaga Cina untuk memberi tekanan supaya menurunkan harga barang bukanlah tindakan yang tepat.

Menurutnya, Ismail tidak seharusnya memberi hukuman kepada satu bangsa sahaja, sebaliknya melihat perkara tersebut secara menyeluruh tidak kira perniaga tersebut bangsa Melayu, Cina, India dan lain-lain.

“Kita marah bukan kerana bangsanya. Kita patut marah kepada semua perniaga yang tak berhati perut. Tak kira bangsa atau agamanya,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata demikian demikian ketika mengulas kenyataan Ismail menerusi sebuah portal berita.
Sebelum ini, Ismail menyarankan supaya pengguna Melayu memboikot peniaga kaum Cina untuk memberi tekanan supaya harga barang di pasaran jatuh menerusi posting terbaru Facebooknya.

“Maaf saya beri pandangan, selain daripada KPDNKK (Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan) yang patut gunakan Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan untuk ambil tindakan kepada peniaga yang naikkan harga barang tanpa sebab munasabah, kuasa terbesar ada pada pengguna.

“Majoriti pengguna adalah Melayu, Cina adalah minoriti, kalau Melayu boikot perniagaan mereka, tentu mereka tiada pilihan untuk turunkan harga barang,” katanya.

Menjelaskan mengenai kenyataan tersebut, Ismail berkata ia ditujukan kepada peniaga Cina yang masih enggan menurunkan harga barang walaupun harga runcit minyak sudah diturunkan.

“Saya tujukan kepada peniaga-peniaga Cina yang liat untuk turunkan harga barang walaupun minyak turun harga,” ujarnya

1 ulasan:

cikgu berkata...

Mungkin ada sebab yg terselindung mengaoa barang tak boleh turun. Periksa dulu. Jangan main politik ja.