Saya sudah lama hendak memberikan
komen tentang keyakinan pihak pembangkang yang merasakan kemenangan undi popular
sebanyak 52 peratus dalam pilihanraya yang lalu akan kekal dan masih
membanggakan dan berharap mereka akan dapat mendiami Putrajaya sebaga pihak yang
bakal memerintah negara. ‘Optimism’ itu baik sebenarnya tetapi adakah ia kekal
jika kita dengar dan lihat apa yang sedang berlaku di antara parti-parti dalam
Pakatan Rakyat misalnya.
Keadaan sebelum pilihanraya yang
lepas kita merasakan seolah-olah UMNO dan BN itu tidak akan mencapai
kemenangan lagi kecuali di beberapa tempat dan kawasan yang menjadi kubu kuat
UMNO itu. Tetapi akhirnya Pakatan Rakyat tidak juga mendapat kepercayaan untuk
mentadbir walaupun ada pemimpin dalam Pakatan Rakyat berkeyakinan untuk
memenangi sebanyak 125 kerusi dari 222 keruasi kesemuanya dalam Dewan Parlimen
Malaysia.
Mereka berkeyakinan penuh untuk
mara ke Putrajaya dan mentadbir negara ini dengan baik seperti yang mereka
mengakui berkemampuan untuk menunjukan perbezaan berbanding dengan BN. Ada
pemimpin yang telah memberikan amaran yang mereka akan memerangi salah laku
yang dilakukan oleh pemimpin BN yang dikatakan akan tewas dan duduk dipetak
pembangkang saki baki yang masih memenangi kerusi masing-masing.
Yang mereka berjaya hanyalah
memenangi undi popular sebanyak 52 peratus dan itulah yang mereka jajakan untuk
memberikan keyakinan setidak-tidaknya kepada diri mereka sendiri yang mereka
kali ini kan
terus berjaya memenangi lebih banyak kerusi. Mempunyai keyakinan dan bersikap
positif itu baik sebenarnya tetapi biarlah keyakinan itu dilandaskan kepada
hakikat yang realistik yang kita sedang berada di dalamnya sekarang. Saya
sendiri cuba
untuk memberikan keyakinan kepada diri saya sendiri yang kali ini pembangkang
akan mengambil giliran untuk memerintah negara.
Tetapi usaha saya untuk
memberikan keyakinan itu tidak pernah berjaya kerana saya sentiasa bertanya
kembali dimanakah letaknya harapan untuk menambah kerusi atau mengekalkan
peratusan undi popular itu jika tidak dapat menambahnya?
Dalam keadaan PAS, PKR dan DAP
dalam keadaan begitu rapat sebelum pilihanraya yang lalu Pakatan Rakyat tidak
dapat menguasai kerajaan, bagaimana kita hendak meyakinkan diri kita yang
keadaan itu akan kekal dengan pergeseran yang begitu ketara yang berlaku
di antara parti-parti Pakatan Rakyat. Semasa tidak ada pergaduhan di antara PAS
dengan DAP dahulu kita masih tertinggal walaupuin dapat mengurangkan majoriti
kemenangan BN itu.
Hubungan di antara PAS dan DAP
begitu akrab khususnya di antara pemimpin-pemimpin parti-parti itu semasa itu. Ada yang beranggapan
rapatnya DAP dan PAS ibarat dua orang yang ‘bertambat bulu’, bak kata
orang-orang tua dahulu. Tetapi semuanya sudah menjadi sejarah dan sehingga hari
ini keadaan semakin buruk yang berlaku di antara kedua-dua parti itu.
Pergeseran di antara parti-parti
ini tidak boleh dianggap sebagai pergolakan yang mudah diselesaikan kerana ia
membabitkan isu dan perjuangan pokok bagi kedua-dua parti itu. Pergeseran
‘intra-parti’ dalam Pakatan Rakyat begitu ketara dalam isu undang-undang hudud
dan pilihanraya kerajaan tempatan.
Apakah keajaiban yang akan
berlaku untuk meyakinkan diri kita yang Pakatan akan mendapat undi popular yang
lebih tinggi dan seterusnya menguasai kerajaan Persekutuan itu?
Bagi saya dengan kenyataan PAS
dan DAP sehari dua ini membayangkan yang cita-cita untuk memenangi Putrajaya
melalui persepakatan yang terlalu longgar di antara ketiga-tiga parti dalam
Pakatan Rakyat itu tidak akan membawa mereka kemana-mana dan impian untuk ke
Putrajaya itu hanyalah mimpi di siang hari sahaja.
Terutamanya DAP dan PKR,
parti-parti ini hanya akan merasakan sebahagian dari kuasa persekutuan itu jika
parti-parti ini membuat penyatuan dikalangan pemimpin-pemimpin yang berkebolehan
umntuk membawa setiap pemimpin yang berjiwa besar dikalangan semua kaum duduk
semeja dan berunding serta memulakan negara dan politik baru. Sememangnya
sudah menjadi kenyataan perubahan perlu berlaku tetapi dengan keadaan Pakatan
Rakyat pada hari ini perubahan itu tidak akan membawa apa-apa kejayaan. Itu
adalah kenyataan dan hakikatnya yang ada pada hari ini.
Negara perlukan ‘overhaul’ yang
serius dan semua sistem politik dan parti-parti yang bermain politik negara ini
perlu di ‘cannibalized’ dan membina politik itu kembali dari mula. Apa yang
ada Dan wujud hari ini tidak lagi ‘sustainable’ dan ia tidak memberikan faedah
kepada parti-parti yang ada terutamanya kepada parti-parti DAP dan PKR.
Perubahan poltik perlu berlaku secara 'structural' bagi kita berada dalam situasi dan ‘ambience’ yang baru yang
boleh membawa penyatuan semua kaum yang berpanjangan. Pemimpin-pemimpin
parti-parti politik lebih-lebih lagi parti yang berkuasa telah mengabaikan
negara dan rakyat, mungkin kerana terlalu lama berkuasa dan mengambil segala-gala
‘for granted’ dan tidak menumpukan usaha dan tindakan mereka kepada membawa
kepada ‘ultimate’ kita iaitu ‘national unity’.
Pemimpin-pemimpin politik baik
dari kerjaan mahu pun dari pembangkang tidak lagi berjiwa besar malahan hampir
semua dari mereka berjiwa fakir dan memainkan peranan dalam politik kotor yang
tidak ada tolok bandingnya.
Politik yang berpijak keatas bumi
yang nyata sudah tidak nampak berlaku lagi. Dari kedua-dua belah pihak politik
dimainkan secara kotor dan sarat dengan tiga elemen beracun, iaitu ‘greed,
anger and foolishness’ dan ini tentunya adalah elemen-elemen yang ‘devilish’
yang akhirnya akan menghancurkan sistem politik dan perjuangan negara itu
sendiri.
Semuanya akan hancur baik
dari pihak kerajaan mahupun pembangkang kerana jika ketiga-tiga elemen ini masih
tidak dapat dibuangkan dari diri pemimpin-pemimpin kita keadaan akan terus jadi
seperti yang kita alami sekarang dan ia akan secara deras akan menghancurkan
budaya dan politik negara yang telah di bina oleh ‘founding fathers’ negara kita.
Semuanya ‘chauvinistic’ baik dari kaum Cina mahu pun dari kaum Melayu dan
kaum-kaum lain yang ada di negara ini.
Pemimpin-pemimpin kaum dan agama
semuanya lemah dan mereka terpaksa menjadi pejuang perkauman atau agama untuk
mendapatkan sokongan dari puak, bangsa dan mereka dari agama mereka.
Kita dalam kekontangan kepimpinan
yang berjiwa besar kerana politik telah di ‘hijacked’ oleh mereka yang lemah
yang keliru dan tidak memahami kenapa mereka menjadi pemimpin kerajaan mahu pun
pembangkang sekarang ini.
Semuanya mengaku menyayangi semua
bangsa dan rakyat berbilang kaum, tetapi mereka yang sama juga yang mempunyai
sifat ‘sayangnya bertompok-tompok, bencinya merata-rata’. Telunjuk mereka lurus
tetapi kelengkeng mereka berkait-kait.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan