KUALA LUMPUR - Mahkamah Kehakiman Negara mempunyai alasan yang
cukup kuat untuk mensabitkan kesalahan kepada Ketua Pembangkang, Datuk
Seri Anwar Ibrahim berikutan Anwar gagal untuk menjelaskan DNA yang
berada di dalam tubuh Mohd Saiful Bukhari Azlan bukan miliknya.
Bekas peguam Anwar, Datuk Zulkifli Noordin berkata ia ekoran pihak pendakwa raya telah berjaya membuktikan bahawa DNA iaitu air mani Anwar berada didalam tubuh Saiful.
"Pihak pendakwaraya berjaya membuktikan bahawa ada DNA iaitu air mani Anwar didalam tubuh Saiful. Yang ini Anwar tidak jawab sehingga hari ini tidak perjelaskan.
"Kita rakyat janganlah diperbodohkan lagi dengan masalah peribadi (Anwar) ini.. ini merupakan aduan kakitangan pembantu Anwar sendiri yang mengadu bahawa dia diliwat oleh majikannya," katanya ketika ditemubual wartawan Rakyat News disini.
Menurutnya, Anwar sepatutnya memberikan keterangan bersumpah dan membawa saksinya untuk memberikan kenyataan di mahkamah sekiranya Anwar tidak membuat perbuatan liwat itu.
Jelasnya, sehingga hari ini Anwar tidak membuat perkara demikian malah meraih simpati kepada rakyat.
"Ketika saya menjadi peguam dia daripada hari pertama dia sendiri kata dia tidak berada ditempat kejadian iaitu apa yang kita sebut alibi.
"Anwar memberikan notis kepada mahkamah dengan mengemukakan 3 saksi alibi dia iaitu Wan Azizah, Mokhtar (adik ipar), dan Hasannuddin (pemilik kondomunium).
"Kenapa tiga saksi yang merupakan orang rapat Anwar tidak hadir pada mahkamah dan memberikan keterangan? Adakah rakyat tidak nampak bahawa ini merupakan lakonan semata-mata?," katanya.
Ekoran itu, beliau menyarankan supaya rakyat untuk berfikiran lebih panjang berikutan Anwar menggunakan slogan Rakyat Hakim Negara.
Katanya, DNA yang ada pada tubuh Saiful tidak dijawab oleh Anwar ketika membela diri di mahkamah.
"Mengapa tidak menggunakan hujah yang dia sebarkan itu di mahkamah dengan kenyataan bersumpah? Beliau tidak menggunakan medan mahkamah supaya perkara ini dipertimbangkan oleh hakim.
"Jika dia yakin dengan kenyataan (yang disebarkan) itu, dia perlu nyatakan di mahkamah supaya pihak pendakwaraya boleh soal balas," katanya.
Rayuan akhir Datuk Seri Anwar Ibrahim yang berlanjutan selama lapan hari bernoktah hari ini apabila Mahkamah Persekutuan menetapkan tarikh lain bagi keputusan sama ada membebaskan atau memenjarakan beliau atas kesalahan meliwat Saiful.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan