SHAH ALAM - Angkatan Anak Angkatan Muda PKR (AMK) membidas tindakan
Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang setakat ini melakukan dua penahanan ke
atas Ketua AMK, Nik Nazmi Nik Ahmad dan Ketua AMK Kelana Jaya,
Saifullah Zulkifli.
Timbalan Ketua AMK, Dr Afif Bahardin berkata, ia hanya siri intimidasi PDRM yang bertujuan untuk menekan pimpinan dan penggerak himpunan #KitaLawan.
“Penahanan ini adalah salah dan melanggar prinsip hak asasi yang telah dijamin oleh Perlembagaan Malaysia di dalam Perkara 10: Kebebasan Bercakap, Berhimpun dan Menubuh Persatuan, seperti Fasal (1)(b); semua warganegara adalah berhak berhimpun secara aman dan dengan tidak bersenjata.
“Ternyata penahanan beliau berikutan perhimpunan #KitaLawan semalam adalah satu pencabulan hak asasi warganegara,” katanya menerusi kenyataan hari ini.
Saifullah ditahan polis petang semalam di bawah Seksyen 143 Kanun Keseksaan, Akta Perhimpunan Aman 2012, dipercayai mempunyai kaitan dengan Perhimpunan #KitaLawan yang berlangsung di pusat bandar semalam.
Perkara itu dimaklumkan pengarah komunikasi PKR Fahmi Fadzil menerusi pesanan WhatsApp kira-kira jam 8.10 malam tadi.
Sementara itu, Nik Nazmi pula ditahan polis selepas hadir ke ibu pejabat polis daerah (IPD) Dang Wangi, Kuala Lumpur hari ini.
Nik Nazmi ditahan bawah Seksyen 9 (5) Akta Perhimpunan Aman (PAA) dan Seksyen 143 Kanun Keseksaan berkaitan perhimpunan haram kerana didakwa gagal memberikan notis 10 hari lebih awal sebelum himpunan.
Afif dalam pada itu turut menekankan bahawa himpunan yang diadakan di beberapa lokasi di sekitar ibu kota semalam adalah satu himpunan yang berbentuk aman.
“Perhimpunan #KitaLawan adalah satu himpunan yang dianggotai oleh anak muda dan warga Malaysia yang cintakan dan peduli tentang masa depan negara.
“PDRM sewajarnya membenarkan saja perhimpunan ini berlangsung dan hanya bertindak untuk mengawal keselamatan dan kelancaran perhimpunan,” katanya lagi.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan