PETALING JAYA: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dipindahkan
ke hospital penjara Sungai Buloh, kata Timbalan Pengarah Jabatan
Penjara, Supri Hashim.
Beliau berkata Anwar ditempatkan di hospital setelah diperiksa oleh doktor.
"Ini berlaku sebelum dia dikunjungi oleh Menteri Besar Selangor,
Mohamed Azmin Ali pada 25 Februari lalu," katanya dalam kenyataan malam
tadi.
Supri bagaimanapun tidak mendedahkan tarikh sebenar dan sebab Anwar ditempatlan di hospital penjara.
Mengulas lanjut kata beliau, lawatan Azmin sebelum ini mengikut
prosedur yang betul. Katanya jabatan itu menerima permohonan menyatakan
bahawa lawatan tersebut adalah berhubung dengan peranan Anwar sebagai
penasihat ekonomi Selangor.
Keluarga dan peguam Anwar sebelum ini telah menyatakan kebimbangan
bahawa keadaan di dalam sel penjara boleh memburukkan keadaan tulang
belakang Anwar.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan