SHAH ALAM: Dana awam tidak sepatutnya digunakan dalam sebarang usaha untuk menyelamat (bail out) syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, Lembaga
Pengarah 1MDB perlu memberi penjelasan tentang beberapa urusniaga yang
kelihatan tidak memberikan keuntungan jangka panjang kepada syarikat dan
kerajaan.
"Saya berpandangan Ketua Audit Negara wajar mengaudit akaun 1MDB secara
telus, bebas dan menyeluruh dengan meneliti akaun 1MDB sejak awal
penubuhannya.
"Ini kerana beberapa tuduhan penyelewengan yang dilemparkan terhadap dana pelaburan strategik itu adalah berhubung urusniaga yang dibuat sejak tahun 2009 yang tidak termasuk dalam tahun kewangan 2013 yang diaudit oleh firma Deloitte," katanya dalam satu kenyataan sambil menyambut baik arahan perdana menteri supaya Ketua Audit Negara mengesahkan secara bebas akaun 1MDB.
Beliau juga mengatakan, Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) boleh
memulakan siasatannya sendiri terhadap syarikat yang dibebani hutang
RM42 bilion itu tanpa perlu menunggu laporan Ketua Audit Negara siap.
Dalam mesyuarat Rabu lalu, jemaah menteri diberikan taklimat oleh 1MDB
dan Deloitte berhubung beberapa dakwaan yang dibuat terhadap dana
pelaburan strategik itu.
Datuk Seri Najib Razak yang juga menteri kewangan mengarahkan Audit
Negara mengesahkan akaun 1MDB itu dan menyerahkan laporannya kepada PAC
untuk penelitian lanjut.
Katanya, urusniaga yang diaudit Deloitte hanya bagi tahun kewangan 2013
dan ia tidak termasuk usahasama antara 1MDB dan PetroSaudi
International yang dituduh berlaku penyelewengan seperti dilaporkan
beberapa portal berita.
"Saya percaya pengauditan yang telus, bebas dan menyeluruh adalah
penting untuk membersihkan nama dana pelaburan strategik milik kerajaan
itu daripada sebarang tuduhan penyelewengan dan salah laku," katanya.
Muhyiddin juga mahu Ketua Audit Negara diberikan sokongan sumber,
kepakaran dan tempoh masa yang tidak terlalu lama menyiapkan laporan
yang lengkap dan komprehensif memandangkan dakwaan terhadap 1MDB
melibatkan urusniaga korporat yang agak kompleks, menyentuh kepentingan
negara dan kerajaan.
"Ini penting untuk memulihkan reputasi 1MDB dan mengembalikan keyakinan
pelabur," katanya mengenai 1MDB yang diilhamkan Najib yang juga
merupakan pengerusi lembaga penasihatnya.
"Audit forensik hendaklah dilaksanakan untuk menentukan tiada penyelewengan kewangan berlaku dalam urusniaga 1MDB," katanya.
Muhyiddin berkata, 1MDB mesti memandang serius semua dakwaan yang dilemparkan terhadapnya terutama di media sosial.
Bagi membersihkan namanya, katanya, 1MDB perlu mengambil tindakan
undang-undang terhadap sesiapa sahaja yang melemparkan tuduhan tidak
berasas.
Pada masa sama, katanya, Lembaga Pengarah 1MDB juga perlu mengambil
tanggungjawab bersama dan bersedia menghadapi tindakan undang-undang
sekiranya hasil siasatan mendapati terdapat kecuaian atau penyelewengan
dalam urusniaga 1MDB.
Mengenai urusniaga yang kelihatan tidak memberikan keuntungan jangka
panjang, Muhyiddin berkata:
"Kerajaan juga akan menanggung kerugian jika penstrukturan semula 1MDB melibatkan penjualan tanah TRX (Tun Razak Exchange) dan Bandar Malaysia yang diperolehi pada harga yang rendah daripada kerajaan dan hasil penjualan digunakan untuk membayar hutang syarikat."
"Kerajaan juga akan menanggung kerugian jika penstrukturan semula 1MDB melibatkan penjualan tanah TRX (Tun Razak Exchange) dan Bandar Malaysia yang diperolehi pada harga yang rendah daripada kerajaan dan hasil penjualan digunakan untuk membayar hutang syarikat."
Semalam, Reuters melaporkan, menurut sumber, 1MDB mungkin dibubarkan di
bawah pelan pembayaran balik hutangnya, di mana sebahagian besar
asetnya akan dijual.
Di bawah penstrukturan semula yang dirancang ketua barunya Arul Kanda
Kandasamy, 1MDB akan menjual 80% daripada unit tenaganya Edra Energy
melalui penyenaraian pasaran saham, tiga sumber memberitahu Reuters.
1MDB juga dilaporkan akan menjual sebahagian besar aset tanah dan
kepentingannya dalam dua projek hartanah berprofil tinggi itu - TRX dan
Bandar Malaysia - selepas memecahkannya kepada beberapa entiti
berasingan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan