Jutawan Jho Low menafikan dakwaan yang disiarkan dalam Sarawak Report
bahawa dia telah memperolehi AS$700 juta daripada perjanjian antara
1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan firma tenaga Saudi PetroSaudi
International.
Dalam surat kepada AFP, firma guaman Schillings yang mewakili Low
berkata pendedahan laman web itu adalah "palsu, mengelirukan dan
dinafikan oleh pelanggan kami".
Menurut laporan AFP hari ini, Schillings menjelaskan bahawa Low, atau
Low Taek Jho , telah "dirujuk" mengenai perjanjian itu "tetapi
tidak pernah terlibat dalam pelakuan jenayah berkenaan dengan urus niaga
ini".
Laman web pemberi maklumat Sarawak Report minggu lalu
menerbitkan laporan mengenai apa yang didakwanya siri emel dalaman yang
katanya menunjukkan 1MDB menyalurkan AS$700 juta kepada sebuah syarikat
yang dikuasai oleh Low.
Urus niaga ini adalah sebahagian daripada usaha sama pada 2009 dengan
PetroSaudi, tetapi PetroSaudi menafikan dana disalurkan kepada Low.
Schillings berkata dakwaan itu adalah "fitnah", mengandungi fakta yang tidak betul dan tuduhan-tuduhan palsu".
Penafian itu dihantar kepada AFP selepas sebagai Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam menggesa Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memulakan siasatan sendiri terhadap 1MDB tanpa menunggu laporan Audit Negara.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan