HALAMAN SANTAI

Jumaat, 6 Mac 2015

KJ jadi pengarah filem

 
Khairy telah mengarahkan filem pendek yang bertajuk 'Teguh' bersempena dengan sambutan Hari Wanita Sedunia 2015


Khairy Jamaluddin_filem_300


PETALING JAYA: Baru semalam keluar laporan berita tentang bakat lakonan Menteri Beliau dan Sukan, Khairy Jamaluddin (KJ), hari ini beliau dikatakan terlibat dalam percubaan mengarah filem pendek pendek pula,

Filem yang dijadulakan akan ditapis hari ini adalah usaha pertama kali menteri itu membikin filem pendek.

Namun, ia bukanlah filem pendek suka-suka, memandangkan KJ sendiri seorang yang sentiasa menyokong penghasilan filem pendek bermotif sosial.

Projek pembikinan filem pendek ini dibuat bersempena sambutan Hari Wanita Sedunia 2015 dan ia adalah projek yang diadakan buat kali ketiga ini bertemakan ‘Serupa’ iaitu membicarakan persamaan di sebalik wajah, jantina, bangsa dan latar belakang yang berbeza.

The Star Online melaporkan, Presiden Wanita, Low Ngai Yuen berkata sepanjang penggambaran filem yang dilakukan pada Oktober, Khairy yang juga merupakan Ketua Pemuda UMNO dilihat sedikit gugup tetapi beliau cepat menyesuaikan diri dan seronok mengarahkan filem pendeknya.

“Ketika di set penggambaran, Khairy kelihatan sangat seronok dengan arahan yang dilakukannya dan ia seperti kepunyaannya sendiri,” katanya,

Kata Low juga, Khairy juga dilihat lebih gemar bercakap secara peribadi dengan pelakon yang digunakan di dalam filem pendek arahannya.

“Terdapat satu babak, beliau terus berjalan sejauh 50m di kawasan kolam dan bercakap sendiri dengan pelakonnya sambil membawa pembesar suara miliknya,” katanya lagi.

Teguh merupakan filem pendek yang diarahkan oleh Khairy dan skripnya ditulis oleh Ida Nerina menceritakan seorang pemain skuasy profesional (watak yang dimainkan oleh pemain skuasy kebangsaan Sharon Wee) yang baru pilih daripada satu kemalangan yang teruk telah mendapat inspirasi setelah beliau berjumpa dengan perenang paralimpik (watak yang dimainkan oleh perenang paralimpik kebangsaan Fraidden Dwan).

Bagaimanapun kata Low, Ida Nerina hanya membantu dari segi penulisan skrip namun idea keseluruhan filem tersebut adalah datang daripada Khairy yang terlebih dahulu berjumpa dengan dua atlet kebangsaan tersebut,” jelasnya kepada The Star Online.

Tambah Low lagi, beliau memanggil Khairy untuk terlibat sama di dalam projek itu kerana sebelum ini Khairy pernah terlibat di dalam membantu arahan filem pendek Inspektor Mastura pada tahun 2013 yang diarahkan oleh Elaine Daly.

Sebelum itu juga Khairy turut membintangi sebagai seorang pemandu teksi di filem Meter yang diarahkan oleh Benji Lim dan Bahir Yeusuff untuk satu filem pendek, 15Malaysia pada tahun 2009.

Khairy antara lima pengarah lelaki yang menyumbangkan arahannya di dalam projek Ikal Mayang. Barisan pengarah lelaki ini selain Khairy adalah Vince Chong, Pete Abdullah, Wak Doyok dan Afdlin Shauki.

Pertubuhan bukan kerajaan WOMEN:girls sekali lagi menampilkan projek Ikal Mayang yang menghimpunkan 18 filem pendek sempena sambutan Hari Wanita Sedunia 2015.

Bagi tahun ini, Ikal Mayang 2015 yang diterbitkan Garang Pictures dan Big Eyes Entertainment mengekalkan format filem pendek dua minit yang diperkenalkan pada Ikal Mayang 2014 lalu kerana ia mudah dikongsi selain mencabar setiap pengarah.

Tiada ulasan: