Malaysiakini, portal berita bebas di negara ini, kembali menebus
kedudukannya sebagai lamanweb berita di Malaysia yang paling banyak
diakses sama ada melalui komputer meja atau komputer riba.
Menurut Malaysian Digital Association (MDA) dan laporan comScore bagi bulan Januari, Malaysiakini menduduki tempat pertama dengan sejumlah 1.25 juta pelawat unik bulanan.
The Star pula di tempat kedua dengan 1.16 juta pelawat unik manakala portal Melayu Harian Metro di tempat tiga (996,000), diikuti oleh The Malaysian Insider (951,000) dan sebuah lagi portal Melayu, Sinar Harian (773,000).
Menurut Malaysian Digital Association (MDA) dan laporan comScore bagi bulan Januari, Malaysiakini menduduki tempat pertama dengan sejumlah 1.25 juta pelawat unik bulanan.
The Star pula di tempat kedua dengan 1.16 juta pelawat unik manakala portal Melayu Harian Metro di tempat tiga (996,000), diikuti oleh The Malaysian Insider (951,000) dan sebuah lagi portal Melayu, Sinar Harian (773,000).
Dalam tempoh tujuh bulan yang lalu, Malaysiakini mengekori sama ada The Star atau Harian Metro dan pada bulan-bulan tertentu, ia berada di belakang kedua-dua laman web itu.
Ketua pengarang kumpulan Malaysiakini, Steven Gan berkata ia
merupakan satu cabaran yang semakin sengit untuk laman web langganan
untuk mengekalkan kedudukan utamanya memandangkan pesaingnya merupakan
laman percuma.
"Namun, kami memulakan tahun ini dengan langkah yang betul. Kami akan
melakukan yang terbaik untuk memastikan kami dapat mengekalkan kedudukan
nombor satu kami sepanjang 2015," katanya.
Laman mudah alih dirombak
Menurut Gan, Malaysiakini, sebagai laman web berita sosio-politik, juga bergantung kepada iklim politik negara.
"Jika bahang politik meningkat, begitulah juga dengan trafik Malaysiakini."
Beliau berkata portal itu baru sahaja merombak laman mudah alihnya dan
mereka yang mempunyai telefon pintar boleh mengaksesnya melalui m.malaysiakini.com.
Dalam bulan-bulan yang akan datang, Malaysiakini akan mereka-bentuk semula laman desktop serta aplikasi mudah alih.
"Kami juga merancang untuk mengadakan mesyuarat kumpulan fokus dengan
pelanggan setia kami untuk berjumpa dengan mereka dan mendapatkan maklum
balas mengenai bagaimana kami dapat menyediakan yang terbaik untuk
pembaca kami," kata Gan.
MDA dan comScore, yang mengeluarkan laporan bulanan mereka, akan
mengumumkan keputusan bagi bulan Februari dalam beberapa minggu yang
akan datang.
MDA ditubuhkan pada bulan Disember 2009 untuk bertindak sebagai pemantau
bagi pengiklanan digital dan industri pemasaran di Malaysia. Syarikat
Amerika, comScore pula adalah salah satu peneraju global yang mengukur
penonton digital dalam industri itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan