KUALA LUMPUR - Rakyat kini semakin bijak berfikir mengenai permainan media pembangkang yang gemar memutarbelitkan fakta sebenar ekoran baru-baru ini media pembangkang memutarbelitkan fakta berhubung isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor telah menggunakan wang sebanyak RM1,200 untuk mendandan rambut.
Tinjauan wartawan Rakyat News di sekitar ibu kota mendapati golongan muda sekitar 20an tidak mempercayai apa yang diperkatakan oleh media pembangkang disebabkan media tersebut sering menokok tambah fakta.
Pekerja swasta, Malik Faisal Abdul Aziz, 25, berkata Rosmah tidak melakukan pendandanan rambut sebaliknya hanya bertanyakan harga kepada pengusaha pendadanan rambut.
"Beliau (Rosmah) secara amnya telah berkata bahawa kos RM1,200 untuk mendandan rambut terlampau mahal jadi itu menunjukkan dia tidak menyatakan bahawa dia pergi untuk mendandan rambut dengan kos tersebut.
"Sebaliknya dia hanya bertanyakan kepada home servise itu," katanya.
Katanya, media pembangkang yang suka memutarbelitkan fakta sepatutnya tidak perlu dilakukan untuk menyerang isteri Perdana Menteri tersebut.
"Perkara ini memang tidak patut dilakukan oleh media pembangkang kerana perkara ini hanya dilakukan untuk menyerang seseorang.
"Seseorang yang membaca tanpa tidak melakukan kajian akan mudah percaya," katanya.
Manakala, pelajar, Siti Noor Amirah Aisyah, 18, berkata rakyat perlu meneliti fakta sesebuah artikel sebelum mempercayainya.
"Jangan kita mudah percaya dengan apa yang diperkatakan.
"Daripada kita serang isteri Perdana Menteri dengan menyerang rambut beliau, lebih baik kita memikirkan untuk bersama-sama membangunkan negara," katanya.
Selain itu, Pelajar, Nurul Ain Baharuddin, 22, berkata isu dandanan rambut bernilai RM1,200 dilakukan oleh media pembangkang ekoran rasa tidak berpuas hati media tersebut kepada pihak kerajaan.
"Mereka membuat kenyataan tersebut kerana mereka mesti ada rasa tidak berpuas hati kepada beliau (Rosmah). Media khususnya media pembangkang suka menambah cerita yang tidak benar.
"Media pembangkang sering kali menokok tambah supaya rakyat terpedaya dengan pemimpin mereka perkatakan tetapi perlu diingatkan bahawa ia sebenarnya tidak betul.
"Sangat membuang masa sekiranya kita menyerang isteri Perdana Menteri. Macam budak-budak sahaja," katanya.
Sementara itu, Pelajar, Ju Anna Syafira Jamal Abdul Nasir, 22, berkata rakyat tidak digalakkan untuk terus menuding jari terhadap sesuatu perkara sebaliknya melakukan semakan terlebih dahulu sebelum menyebarkan perkara yang tidak benar.
"Sekiranya kita tidak tahu perkara itu tidak sahih ataupun tidak, dan kita sampaikan kepada orang lain, ia akan menjadikan satu fitnah kerana kita sendiri tidak kaji perkara tersebut.
"Kita tidak perlu menyebarkan perkara tersebut sekiranya kita tidak tahu," katanya.
Sebelum ini, Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahamad Maslan menafikan dakwaan Malaysikini menuduh isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor membayar khidmat dandanan rambut sebanyak RM1,200.
Menurut beliau, Rosmah hanya bertanyakan harga daripada penyelia khidmat tersebut.
"Bukan beliau bayar, beliau merungut kenapa mahal sangat. Itu maksudnya," katanya.
Jelasnya, penyelia tersebut menetapkan harga RM1,200 bagi perkhidmatan dandanan rambut.
Katanya lagi, laporan yang disiarkan beberapa portal pembangkang telah diputar belit oleh dari kenyataan asal.
"Saya ada di majlis (bersama Rosmah) itu, tetapi telah diputar menjadi negatif. Hasrat Rosmah asalnya positif," ujarnya lagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan