PASIR PUTEH - Seorang tekong nelayan Vietnam yang menceroboh perairan
negara cuba merasuah wang tunai RM5,000 kepada sepasukan anggota Agensi
Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Tok Bali sebaik sahaja bot mereka
ditahan, awal pagi tadi.
Ketua Penguat Kuasa Maritim Malaysia Kelantan, Komander Khoo Teng Chuan berkata, wang itu ditawarkan kepada Ketua Bot Kilat 28, Laskar Kanan Maritim Ismail Mat Ali ketika anggota APMM menggeledah bot berkenaan.
Katanya, Bot Kilat 28 dengan kekuatan empat anggota mengesan bot nelayan Vietnam yang menjalankan aktiviti menangkap gamat itu kira-kira 37 batu nautika di Timur Laut Tok Bali.
"Selepas gagal merasuah anggota kita, nelayan terbabit bertindak merosakkan enjin bot mereka bagi mengelak bot kita menundanya ke Jeti Operasi di Tok Bali.
"Bagaimanapun kita bersiap sedia dengan situasi sedemikian, kita berjaya membawanya bot bersaiz A itu ke jeti jam 1 pagi tadi dengan kerjasama bot nelayan tempatan," katanya.
Menurutnya, tidak banyak gamat yang ditemui di dalam bot tersebut kerana difahamkan ketika ditahan, mereka baharu sahaja memulakan aktiviti tersebut.
"Tangkapan sebelum ini kita menemui 400 kilogram gamat dalam satu bot yang menunjukkan betapa rakusnya mereka merampas kekayaan laut negara kita," katanya.
Lima nelayan Vietnam berusia dari 30 hingga 40 tahun itu ditahan untuk didakwa mengikut Seksyen 15 (1) (a) Akta Perikanan 1985 dan tekong turut didakwa mengikut Seksyen 17 (b) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.
Teng Chuan berkata, akhir-akhir ini nelayan Vietnam ghairah menangkap gamat di perairan Kelantan kerana hidupan laut itu bernilai RM26 sekilogram di negara mereka.
"Kita memandang serius penggunaan tangguk besi untuk menangkap gamat, peralatan ini akan merosakkan kawasan pembiakan ikan sekali gus menjejaskan pendapatan nelayan tempatan.
"Setakat ini, kita telah menahan lima bot Vietnam yang menceroboh perairan negara untuk menangkap gamat," katanya dalam sidang media di sini, hari ini.
Sementara itu, Ismail berkata, ketika Bot Kilat 28 merapati bot nelayan terbabit, tekong menunjukkan isyarat dengan dua ibu jari seperti hendak memberikan sesuatu kepadanya.
"Saya terkejut apabila tekong itu menunjukkan segumpal wang tunai Malaysia di dalam poket bajunya untuk diberikan kepada saya.
"Saya dan anggota APMM lain tidak tunduk kepada wang tunai kerana mempertahankan perairan negara daripada dicerobohi yang akan menjejaskan periuk nasi nelayan kita," katanya.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan