MALAYSIAKINI
Batu Road Retailers Association (BARRA), yang mewakili para peniaga di
Jalan Tuanku Abdul Rahman di ibunegara membuat laporan polis semalam,
membantah perhimpunan Kita Lawan yang akan diadakan di sepanjang jalan
itu hari ini.
Laporan itu dibuat di Ibu Pejabat Polis (IPD) Dang Wangi.
Presiden BARRA, Datuk V.K. Liew berkata laporan polis dibuat kerana
perhimpunan itu akan memberi kesan kepada peniaga akibat penutupan jalan
dan kesesakan lalu lintas.
Katanya, perhimpunan itu akan menyebabkan hampir 100 peniaga terpaksa
menutup premis perniagaan dan ini memberi kerugian kira-kira RM10 juta.
"Ini turut menjejaskan kehadiran orang ramai dan pelancong yang akan
datang ke situ," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan itu.
Menurut Liew, sikap peserta perhimpunan tidak dapat dijangka dan mereka
cenderung melakukan perbuatan yang boleh mengancam keselamatan orang
ramai.
"Perhimpunan ini akan menjejaskan ekonomi peniaga dan mendatangkan
kerosakan pada harta benda di kawasan sekitar perhimpunan," katanya.
Perhimpunan itu melibatkan kawasan di hadapan pusat membeli-belah Sogo.
Pada Februari lalu, dua individu termasuk aktivis pelajar ditahan ketika
mengadakan perhimpunan bagi menyatakan sokongan kepada Ketua
Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim di hadapan pusat membeli-belah
berkenaan.
Mereka ialah Anggota Majlis Pimpinan Pusat Parti Keadilan Rakyat, Fariz
Musa, dan bekas pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI),
Adam Adli Abd Halim.
- Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan