GEORGETOWN - Nasib penduduk Permatang Pauh tidak terjejas walaupun ahli
parlimennya, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijatuhi hukuman penjara lima
tahun kerana kesalahan meliwat.
Perkara itu diakui Naib Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR, Datuk Mohd Rashid Hasnon yang berkata, keadaan di kawasan parlimen itu tiada bezanya sama ada Anwar di penjara atau pun tidak.
“Keadaan di situ sejak Anwar dipenjarakan tiada bezanya kerana kita ada tiga Adun yang benar-benar menjalankan tanggungjawab kepada semua penduduk tanpa mengira kaum, agama dan fahaman politik.
“PKR negeri juga tidak terima sebarang aduan daripada penduduk kerana sebarang masalah, mereka ada Adun untuk ditemui iaitu Dr Norlela Ariffin (Penanti), Dr Afif Bahardin (Seberang Jaya) dan Datuk Salleh Man Mat Aji (Permatang Pasir),” katanya ketika dihubungi Sinar Harian.
Selain Adun, kawasan itu diuruskan PKR negeri secara keseluruhannya.
“Walaupun Adun terlibat sangat komited dengan tanggungjawab mereka, PKR negeri tidak lepas tangan begitu sahaja.
“Kita masih menghulurkan bantuan jika keadaan memerlukan. Malah banyak program dianjurkan PKR negeri di Permatang Pauh ketika ini,” katanya.
Secara keseluruhannya, beliau berkata, penduduk di Permatang Pauh masih dalam keadaan baik.
“Tiada apa yang terjejas pun. Saya tahu ada yang mendakwa dengan ketiadaan Anwar, penduduk di kawasan itu akan susah.
“Itu semua tidak benar. Apa guna PKR negeri serta Kerajaan Pulau Pinang jika tidak menghulurkan bantuan?” katanya.
Sementara itu, Ketua Pembangkang Dun Pulau Pinang, Datuk Jahara Hamid berkata, walaupun Permatang Pauh sudah membangun namun masih ada beberapa kawasan yang perlu diberi perhatian terutama di kawasan pertanian.
Menurutnya, sejak dahulu lagi, PKR tidak pernah berusaha untuk membangunkan Permatang Pauh sebaliknya ia adalah hasil usaha BN.
“BN di kawasan itu memang cukup aktif membantu rakyat dalam pelbagai aspek terutama kebajikan dan pembangunan serta menyelesaikan masalah rakyat.
“Saya harap dengan kes demi kes Anwar yang berjaya dibongkarkan, rakyat Permatang Pauh sedar bahawa beliau nak jadi ahli parlimen untuk glamour sahaja,” katanya.
Jahara berkata, PKR tidak membawa apa-apa pembangunan langsung di kawasan itu sejak zaman Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail sehingga Anwar sekarang ini,” katanya.
Menurutnya, rakyat di Permatang Pauh amat taksub dengan Anwar sehingga mereka tidak boleh membezakan keburukan dan kebaikannya kepada mereka.
“Beliau ada penyokong tegar yang sangat taksub dengannya. Dengan itu, beliau mengambil kesempatan dengan mempengaruhi rakyat bahawa dialah yang membawa pembangunan selama ini.
“Ini berlainan dengan BN, kita sentiasa bantu rakyat tidak kira ketika PRK atau tidak,” katanya.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan