SHAH ALAM - Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerusi bahagian Counter
Terrorism berjaya menahan dua lelaki dan seorang wanita warganegara
Malaysia disyaki terlibat kumpulan militan (IS) di Syria.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, pihaknya melakukan tangkapan itu dalam satu operasi pada 28 Februari dan semalam di sekitar Johor, Perak dan Kuala Lumpur.
"Ketiga-tiga mereka adalah rakyat Malaysia yang berumur di antara 22 dan 39 tahun.
" Kesemua suspek ditangkap kerana disyaki melakukan kesalahan di bawah bab VIA – kesalahan berkaitan dengan keganasan, Kanun Keseksaan (Akta 574) dan akan disiasat mengikut prosedur di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (Akta 747)," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Beliau berkata lagi, suspek pertama adalah seorang suri rumah berusia 29 tahun yang berasal dari Johor, dan disyaki merancang untuk menyertai kumpulan pengganas IS.
Suspek kedua pula katanya, seorang lelaki berusia 22 tahun yang berasal dari Perak adalah seorang peniaga, disyaki terlibat dalam menyumbang dana kepada rakyat Malaysia yang ingin menyertai kumpulan IS.
Manakala suspek ketiga pula katanya adalah seorang lelaki berusia 39 tahun adalah seorang kakitangan sebuah jabatan kerajaan.
"Suspek yang berasal dari Perak, disyaki terlibat membantu mendaftarkan akaun Facebook bagi kegunaan beberapa rakyat Malaysia dan merupakan anggota kanan kumpulan pengganas IS.
"Suspek juga merancang untuk menyertai kumpulan pengganas IS dalam masa terdekat," katanya lagi.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan